Khamis, 30 Oktober 2008

MB NIZAR WAJAR ADA MASJID(MUSOLLA) SENDIRI DI NEGERI PERAK



Sekitar tahun 1988 negara kita Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi yang gawat. Berpuluh kilang di Pulau Pinang dan di kawasan perindustrian yang lain ditutup kerana pengusahanya tidak lagi mendapat keuntungan yang memberangsangkan. Ianya meninggalkan kesan yang tidak kurang dahsyatnya apabila ribuan pekerja sektor perkilangan diberhentikan kerja dalam keadaan nasib mereka terkapai-kapai. Saya berada di dalam tingkatan empat pada masa itu dan terlibat di dalam satu latihan kumpulan perbahasan. Guru Bahasa Malaysia saya memberikan tajuk adakah wajar pengusaha-pengusaha kilang yang mempunyai dana asas di luar negara menutup kilang-kilangnya di Malaysia sewaktu zaman gawat.

Dengan sedikit maklumat yang ada dan jiwa yang penuh kritis saya membahaskan tajuk tersebut dengan hati yang separuh terbakar. Mana mungkin pengusaha-pengusaha kilang ini menutup kilang-kilang mereka pada zaman gawat dan meninggalkan rakyat Malaysia terkapai-kapai sedangkan mereka telah diberikan keistimewaan `duti eksais’ percuma selama lima tahun (pengetahuan ini didapati daripada pelajaran ilmu perdagangan dalam tajuk zon perindustrian bebas). Selama lima tahun tersebut pengusaha kilang telah mengadakan shif bekerja tiga kali sehari yang membawa maksud mereka sebenarnya telah menikmati `duti eksais’ percuma selama lima belas tahun lamanya. Mereka-mereka ini sebenarnya telah pun `berenang dalam mas, bersayap wang kertas’ sebelum cabut meninggalkan Malaysia, ujar saya lagi. Cikgu Bahasa Malaysia saya menggelar saya `pembahas kontroversi’ selepas sesi latihan itu. Manakan tidak arwah ayah saya turut terkesan apabila harga barangan komoditi merudum ke tahap tidak mampu menanggung sara higup lagi pada zaman itu. Harga kelapa kering yang diusahakannya jatuh tertiarap sehingga ketahap kami jadi orang berhutang dan akhinya terpaksa hijrah kembali ke Kaki Gunung Semanggol yang nostalgik ini.

1988 itu menyaksikan bukan sekadar kegawatan ekonomi tetapi juga kegawatan politik dalaman UMNO/BN dan juga kegawatan politik negara. Tengku Razaleigh Hamzah and the gangs dan Dr Mahathir Mohamed and the gangs adalah watak-watak utama sekitar gawatnya suasana ketika itu. Akhirnya UMNO pecah dua dan lahirlah Semangat 46 yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Dr Mahathir selaku Perdana Menteri merasa begitu lemah dan terpaksa menganjurkan pelbagai perjumpaan bersama rakyat yang dipanggil SEMARAK dan juga terpaksa menggunakan kekangan ISA. Tahun 1990 akhirnya menjelang dan Pilihan Raya Umum perlu diadakan bagi mencari mandat baru. Tengku Razaleigh Hamzah dengan Semangat 46nya dilihat begitu yakin untuk mengambil alih kerajaan.

Disebelah Pantai Timur Tengku Razaleigh menjalin hubungan erat dengan Parti Islam Semalaysia PAS dan di sebelah Pantai Barat Tengku Razaleigh menjalin pula hubungan erat dengan Demokratik Action Party DAP. Tokoh-tokoh utama di dalam PAS pada ketika itu adalah almarhum Tuan Guru Haji Yusuf Rawa, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, almarhum Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis satu kertas kerja bertajuk `Tahaluf Siyasi’ dan itulah kali pertama saya mendengar istilah itu. Ia menambah ilmu saya tentang bagaimana Parti yang memperjuangkan Islam boleh berpakat dengan parti yang tidak memperjuangkan Islam.

Di Pantai Timur nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz secara tiba-tiba menyinar cemerlang akibat daripada kerjasama itu. Kerjasama itu di panggil Angkatan Perpaduan Ummah APU dan kelihatannya negeri pantai timur terutamanya Kelantan begitu terkesan dengan kewujudannya. Ianya secara langsung atau tidak langsung mungkin kerana nama Tengku Razaleigh, Presiden parti baru Semangat 46. Tengku Razaleigh, kerabat diraja yang pernah menjadi Menteri Kewangan berwibawa, dipercayai telah dinafikan hak untuk jawatan yang lebih tinggi dalam parti dan akhirnya di buang pula oleh UMNO adalah anak jati negeri Kelantan. Ianya membangkitkan ombak semangat di kalangan penduduk Negeri Kelantan dan di mana-mana dilaungkan Tengku Razaleigh adalah calon Perdana Menteri yang lebih layak. Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Pesuruh Jaya PAS Kelantan mengisi semangat dan gelombang rakyat dengan roh Islam dan dilihat tenang menemani Tengku Razaleigh dimajlis-majlis bersama rakyat terutamnya di Negeri Kelantan.

Pilihan raya 1990 berlangsung begitu hangat dengan semangat waja Tengku Razaleigh untuk menumpaskan UMNO/BN. Tengku Razaleigh bukan sekadar ke Pantai Timur dan ke Pantai Barat tetapi turut ke Sabah dan Sarawak. Beberapa hari sebelum pilihan raya Tengku Razaleigh terperangkap dengan gambarnya memakai tengkolok tradisional bertanda campur (+) di sebuah majlis di negeri Sabah. Surat khabar pantas menabur fitnah, Tengku Razaleigh sudah jadi Kristian!!!.

Dengan keadaan media massa di tahun 1990, tidak banyak yang dapat dilakukan selain di negeri Kelantan. Dengan penerangan gerak gempur di Kelantan, rakyat teguh di belakang PAS dan APU. Pilihan raya itu menyaksikan kumpulan Tengku Razaleigh tewas teruk kecuali di negeri Kelantan. Kelantan menyaksikan calon-calon yang majoritinya diisi oleh parti PAS menang besar dengan majoriti 39-0 (kalau tidak salah ingatan saya).

Tahun 1990 memberi harapan dan nafas baru kepada para pejuang Islam yang merasa begitu kecewa sebelumnya dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. Tok Guru Nik Aziz muncul dengan imej baru sebagai MB Kelantan dan pada masa itu istilah Inggeris yang begitu popular ialah HUDUD LAW. Tok Guru Nik Aziz begitu zuhud, dan di dalam keadaan media massa yang tidak begitu baik sekitar 1990, berita berkenaan zuhud dan tawadhuk beliau sentiasa meniti dari mulut ke mulut rakyat, bukan sekadar rakyat Kelantan bahkan rakyat Malaysia. Bukan sekadar rakyat Malaysia, bahkan juga penduduk di timur tengah. (saya pernah ke timur tengah sekitar 1996 dan pertanyaan yang kerap diterima ialah berkenaan Nik Abdul Aziz, melihat videonya mendirikan solat dhuha sebelum menguruskan negeri menyebabkan ada orang Arab yang menitiskan air mata..)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz membawa pendekatan baru di dalam mengurus negeri. Dia memperkenalkan pendekatan bertaqwa. Dia memperkenalkan bahawa mengurus negeri dengan beramal ibadah tidak boleh dipisahkan. Dia memperkenalkan bahawa bersolat dan mengurus negeri adalah dua perkara yang sangat rapat. Dia membangunkan masjidnya di Pulau Melaka seiring dengan dia membangunkan negerinya di timur semenanjung. Masjidnya menjadi begitu tersohor. Ada orang datang ke Kelantan semata-mata kerana hendak melihat masjid Nik Aziz. Di masjidnya waktu subuh bagaikan waktu Jumaat. Orang menadah ilmu daripada kuliah-kuliah dimasjidnya. Dia bukan sekadar membangun batu-bata, tetapi dia membangun roh dan jiwa manusia. Di masjid itu orang memahami bagaimana Islam hendak memerintah dan di masjid itu orang melihat bagaimana masjid boleh dijadikan pusat kepada pembangunan dan pemerintahan sebuah negeri.

Dia mengharungi cubaan yang tidak sedikit. Cubaan daripada mereka yang tidak mahu Islam dijadikan sebagai asas rujukan di dalam setiap urusan kehidupan ini. Keakrabannya dengan rumah Allah menjadikan dia begitu kebal dengan segala cubaan yang mendatang dan yang dirancang oleh kelompok musuh. Akhirnya tahun 1998 menyaksikan satu lagi senario episod politik Malaysia yang penuh debaran. Ianya menyaksikan pertembungan ketara antara Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed. Ianya membawa kepada terpenjaranya Anwar selama enam tahun di penjara Sungai Buloh, Selangor.

Pemenjaraan Anwar memberi impak besar kepada politik Malaysia. Ia membawa kepada penubuhan parti politik baru keADILan dan sokongan yang bertambah kepada parti PAS. Akhirnya pada pilihan raya tahun 2000 seorang lagi sahabat Tuan Guru Nik Abdul Aziz iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diberi amanah oleh Allah dan rakyat Trengganu untuk mentadbir negeri tersebut, juga di timur Semenanjung. Tuan Guru Haji Hadi menggunakan pendekatan serupa sejak sekian lama. Dia terkenal dengan masjidnya di Rusila, Marang Trengganu. Masjid besar yang mampu menampung jemaah melebihi 5000 orang setiap pagi kuliah Jumaatnya. Berpusatkan masjid dan berorientasikan taqwa, dua orang ulama PAS menjadi menteri besar di dua buah negeri.

Tahun 2004 menjadi parut catatan duka yang begitu dalam kepada penyokong dan pendokong Parti Islam. Kerajaan Islam Trengganu tenggelam dalam badai Gelombang Biru dan Kerajaan Islam Kelantan tinggal nyawa-nyawa ikan. Jika dilihat ganasnya gelombang biru yang memukul, dengan segala tipu helah dan onar khianatnya, seolah-olah parti Islam tidak akan diendahkan orang lagi. Tetapi dua orang ulama’ tadi teguh memegang amanah Tuhan, meneruskan dakwah dan terus menjadikan masjid sebagai pusat operasi dan orientasi dakwah. Masjid Pulau Melaka dan Masjid Rusila terus bernyawa dan berdenyut di balik kerasnya ombak pukulan musuh.

Sesungguhnya ujian Allah bukanlah setakat kesusahan, bahkan kesenangan dan kemenangan juga adalah satu ujian. Sekali lagi pilihanraya tahun 2008 datang dengan warna yang penuh berbeza. Tsunami politik yang begitu terkenal, merubah lanskap politik Malaysia menjadi amat berbeza. Salah satu negeri yang menerima kesan Tsunami dan perubahan lanskap yang begitu ketara adalah negeri Perak Darul Redzuan. Negeri yang menyaksikan sebuah kerajaan baru, kerajaan kaki tiga ditubuhkan di atas kerjasama 3 parti yang anti UMNO/BN. Kerajaan ini pada awalnya dilihat tidak stabil, rapuh dan menanti belah bila-bila masa kerana komponen kaum dan nisbah wakil partinya yang dilihat tidak seimbang. Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Ahmad Awang teguh dengan pendiriannya tidak bekerjasama dengan UMNO/BN dan memilih bekerjasama dengan 2 parti lain yang anti UMNO/BN. Akhirnya kerajaan kaki tiga diwujudkan dan dengan taqdir Allah SWT Menteri Besarnya dipilih daripada tokoh parti Pas yang mempunyai jumlah wakil yang paling kecil dalam kerajaan. Ustaz Ahmad Awang dalam salah satu ucapannya memperkenalkan calon Menteri Besar menyebut bahawa calon Menteri Besar dari Pas adalah seorang yang bertaqwa, seorang profesional, mampu bertutur dalam 2-3 bahasa, mampu memberi khutbah, memberi tazkirah dan berkuliah serta orang yang terkehadapan dalam parti Pas di negeri Perak.

Akhirnya nama Ir Mohd Nizar Jamaludin diumumkan sebagai Menteri Besar Perak mewakili Kerajaan Pakatan Rakyat. Namanya menjadi popular secara tiba-tiba. Masjid-masjid menjemputnya dan surat2 khabar menemuramahnya. Orang Melayu meraikannya, orang China ingin mengenalinya, orang India menunjukkan wajah gembira. Di dalam usaha gigihnya memperkukuh Kerajaannya yang begitu sering dipukul dan dihentam oleh kumpulan lawan, dia sentiasa mengelak daripada membangkitkan isu perkauman, sebaliknya menonjolkan isu nilai-nilai sejagat yag diterima oleh manusia seluruhnya.

Dato’ Seri Ir Nizar adalah Menteri Besar Pakatan Rakyat yang mewakili Parti Pas dan dikenali sebagai orang yang teguh dengan pegangan agama Islamnya. Dia diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Pas Perak sebagai orang yang berkemampuan membawa Islam maju kehadapan. Dia berusaha bersungguh-sungguh membuktikannya. Dengan segala kekangan kuasa yang dihadapinya, dia berusaha membawa Islam terus kehadapan. Solat menjadi agenda utama pemerintahannya walaupun kerajaannya didokong lebih ramai oleh orang yang belum Islam. Bulan Ramadhan menyaksikan MB Nizar berkeliling seluruh negeri Perak menghidupkan Ramadhan di masjid-masjid dan ia menarik perhatian rakyat yang tidak sedikit.

MB Nizar bukan ulama seperti dua orang Menteri Besar Pas yang terdahulu, tetapi insya allah dia orang yang soleh. Dia telah menunjukkan contoh yang baik kepada rakyatnya dengan menjadi hamba Allah yang soleh, hamba Allah yang rapat dengan rumah Allah dan Tuhannya. Tinggal lagi MB Nizar belum ada masjid atau musolla sendiri seperti dua orang Menteri Besar Pas yang dahulu. Dua orang ulama’ yang menjadi pelopor kepada pemerintahan berteraskan Islam yang diperjuangkan oleh Pas dan seluruh pendokongnya.

Ketika salah seorang Menteri Besar Pas yang dahulu berhadapan ujian kekalahan di negeri yang diperintahnya, rumah Allah yang dibina terus memberi semangat dan meneruskan `legasi’ perjuangan yang dibawa. Dia tidak tenggelam dipukul ombak kekalahan sebaliknya terus timbul dan berada ditengah medan. Kehilangan kuasa memerintah tidak membawa makna ia turut kehilangan suara berdakwah. Suara dakwahnya terus segar kedengaran walaupun kuasa memerintahnya telah tidak ada. Ia tidak seperti Menteri Besar UMNO yang biasanya akan terus tenggelam dan dilupakan sebaik sahaja tidak lagi memegang tampuk pemerintahan.

MB Nizar adalah daripada Pas, dan Pas menjadikan agenda dakwah sebagai agenda utama perjuangan. Sebagai seorang rakyat, rakyat negeri Perak yang diperintahnya, saya merasakan wajar MB Nizar menuruti jejak langkah dua orang Menteri Besar Pas yang terdahulu, mendirikan masjid sebagai paksi utama kepada pemerintahan dan perjuangan dakwah. Kita tidak dapat meneka berapa lama tempoh pemerintahan MB Nizar, panjangkah atau pendekkah, oleh itu wajar MB Nizar merancang untuk meninggalkan `legasi’ yang menjadi penghargaan dan kenangan kepada penyokong dan pendokong perjuangan Islam di negeri Perak ini.

Mendirikan masjid yang khusus sebagai lambang kemenangan Islam di negeri Perak ini adalah sebahagian daripadanya. Terbayang dimata saya selaku rakyat, MB saya mempunyai masjidnya sendiri di negeri Perak ini yang berdekatan dengan pusat pemerintahannya dan barangkali bersebelahan pula dengan rumahnya sendiri. Jika ditanya orang di mana rumah MB kamu? Dengan bangga saya akan menjawab, "rumah MB saya bersebelahan dengan masjid, masjid yang dibinanya sebagai tanda kemenangan Islam. Jikalau hendak melihat kelibat MB saya, pergilah ke masjidnya, tunggukan azan berkumandang dan insya allah jikalau tidak ke mana-mana, dia akan solat di situ".

Masjid itu menjadi tempat belajar, tempat menghidupkan ilmu dan ibadah. Masjid itu menjadi tempat berteduh, masjid itu menjadi tempat berekreasi, masjid itu menjadi tempat menghidupkan seni dan budaya, masjid itu menjadi tempat mengintegrasikan bangsa, menjadi pusat denyutan nadi dakwah dan menjadi tempat kunjungan rakyatnya. Negeri Perak ini pelbagai bangsanya. Saya terbayang masjid MB saya ini pelbagai bangsa imamnya, ada imam bangsa India, ada imam bangsa China dan ada imam bangsa Melayu, demikian juga pelbagai bangsa makmumnya. Terbayang juga di mata saya masjid MB ini unik reka bentuknya, ada unsur Melayu, ada reka bina China dan ada sentuhan India. Ada pula kelas pengajian bahasa Mandarin dan Tamil untuk memahami ajaran Islam . Oh! Alangkah indahnya impian ini, mungkinkah impian jadi kenyataan? Sebagai rakyat apalah kiranya mempunyai impian, memberi cadangan, berdoa dan seterusnya menunggu dan mengharap.

Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah kerajaan Umaiyah tidak lama. Sekadar 3 tahun lebih kata YAB Lim Guan Eng. Tetapi namanya dan tinggalannya terukir indah dari bibir ke bibir umat Islam serata dunia beratus tahun lamanya. Bukan sekadar umat Islam yang mengkaguminya, bahkan juga YAB Lim Guan Eng yang belum bersama Islam turut terasa kehebatan auranya.

Suaradarigunung akan terus bermonolog, mengharapkan impian jadi kenyataan.

Khamis, 23 Oktober 2008

VOICE FROM THE MOUNTAIN of SEMANGGOL: DO WE LOSE ANYTHING IF WE JOIN ISLAM?

Dear friends,

Probably the common question that arises in your mind when talking about knowing and joining Islam is do I lose something if I join Islam and make it as my `GUIDANCE’ for my whole life.

The answer is absolutely NOT.
If previously you worshiped multiple Idol and pray for the Idol, by joining Islam you are no more worshipping Idols, but you are worshipping the only God, Allah SWT who create the whole world, the whole sky, heaven and hell.

If previously you do believe in few prophets, by joining Islam you will have one more extra prophet. The last prophet and the most that Allah love, Muhammad S.A.W. If previously you not believe in prophet at all, now you will have a lot of prophet, all of them are very pious and nice person.

If previously you only believe in few holy book, by joining Islam you will have one more Holy book, al-Quran, the latest Holy book fresh from Allah. If previously you not believe in Holy book at all, now you will have a few Holy books with al-Quran as the most complete book without any mankind disturbance to guide your life.

If previously you are looking around and confuse to seek guidance for your life, NOW there is no more confusion. You worship the absolute God, you follow the prophets ways and you make Holy book al-Quran as guide for your life.

DO YOU LOSE ANYTHING?
NO, you won’t lose anything except winning…

Dear friends, think about it. Think about it tonight and tomorrow, everyday.

Khamis, 16 Oktober 2008

PENGHUJUNG RAMADHAN DI `BALAISAH' TOK GURU

(Catatan ini dibuat selepas iktikaf 29 Ramadhan 1429H di Balaisah Tok Guru. Ketika catatan ini mula ditulis, takbir Aidil fitri telah pun bersahutan dan ketika catatan ini di `post’kan, kuih raya telah pun tinggal serdak sahaja. Apa boleh buat, demikianlah erti `kesibukan')

Akhirnya cita-cita itu terkabul jua. Impian terlaksana. Perjalanan merentasi hutan belantara Banjaran Titiwangsa itu berpenghujung jua. Dari kaki Gunung Semanggol ke dataran Pulau Melaka. Tanah lembah ini telah begitu lama tidak ku kunjungi. Berpuluh hitungan purnama lamanya. Tiba waktu kerinduan ini kembali memuncak, melintasi belantara timur-barat ini tidak lagi terasa sukar kerana sang hati telah berkata-kata, ubati kerinduan ini, tempuhi segala halangan dan jangan persiakan harapan sebuah jiwa.

Tanah lembah negeri serendah sekebun bunga ini tidak banyak menjanjikan kemewahan dan kesenangan. Dingin pagi kaki Gunung Semanggol mungkin lebih nyaman daripada hembusan angin Laut Chinanya. Yang menarik aku ke sini bukan kerana hembusan bayunya atau indah panoramanya. Yang menarik kerinduanku ke sini adalah kerana Tuan Guru `pendita agungnya’. Tuan penguatkuasa kepada tanah bergelar Serambi Mekah ini.

Aku tiba agak lewat di `balaisah’ Tok Guru. Istilah orang Pantai Timur untuk musolla yang turut ada pengajian agama di dalamnya. Terpegun aku dengan perubahan-perubahan fizikal yang dilalui. `Balaisah’ ini sudah amat besar dibanding 16 tahun lalu, tika aku baru mula mengenal istilah `tarbiyyah’, tika aku baru mula berjinak-jinak dengan kalimah `qiamullail’. `Balaisah’ besar ini sudah lebih dari layak untuk dipanggil masjid dan memang papan tandanya bertulis masjid Tok Guru, Pulau Melaka. Jalan menuju `balaisah’ ini juga telah berubah sama sekali. Jalan raya berturap cantik, dihiasi lampu jalan dengan jambatan besar ku anggar kosnya berjuta.

Enam belas tahun lampau jalan menuju ke sini hanyalah jalan selorong yang berlopak-lopak. Jambatannya jambatan kayu yang telah berlubang. Sebahagian kayu jambatan pula diatur membujur,.. sangat menyukarkan kepada mereka yang baru belajar membawa motosikal untuk melaluinya. Tayar motosikal bisa saja terselit dicelah kayu yang diatur membujur dan akibatnya motor tak dapat dikawal dengan baik. Aku sendiri pernah melalui pengalaman cemas di jambatan itu 16 tahun yang lampau. Tayar motor `kapcai’ yang ditunggangi oleh aku dan seorang sahabat (sekarang pensyarah di UIA) tiba-tiba tergelincir dan termasuk ke dalam celah di antara dua kayu yang disusun membujur. Kami hilang kawalan dan rebah. Kain pelekatku terkoyak dan kepalaku terhantuk pagar jambatan yang disusun jarang-jarang. Mujurlah umur kami ditakdir masih panjang. Kalau tidak, mungkin kami bisa saja terhumban ke dalam sungai yang airnya gelap pekat itu. Jikalau itulah suratan takdir, tiadalah lagi yang dapat menatap tulisan ini kerana tiada lah lagi orang yang akan menulisnya.

Khayalanku terhenti sebaik sampai ke tempat wuduk. Cepat-cepat aku berwuduk dan menyertai jemaah. Solat tarawikh telah berlangsung 4 rakaat. Mujur solat isya’ telah aku dirikan dalam perjalanan. Agak kecewa kerana Tok Guru tidak ada, tetapi penggantinya seorang hafiz berbangsa arab tidak mengecewakan. Bacaannya meresap ke sanubari walau pun maknanya tidak ku fahami. Patutlah jemaah tidak ramai, sekadar 2 saf sahaja yang ada. Murid-murid di sini pula semuanya telah tiada, pulang bercuti ke kampung masing-masing barangkali. Keadaan ini agak rutin, kalau Tok Guru tidak ada biasanya jemaah tidak ramai. Hanya penduduk kampung yang datang. Penduduk luar mukim akan bercempera ke tempat lain.

Tarawikh selesai sekitar 9.30 malam. 8 rakaat. Tuan imam beredar, tidak berwitir. Aku berdiri dan sambung 4 rakaat lagi. Sebahagian orang kampung mendirikan witir sendiri-sendiri. Selesai tarawikh lapan rakaat, berehat sebentar. `Balaisah’ sudah sepi, hanya ada seorang dua di bucu-bucu `balaisah’ membaca al-Quran dengan suara perlahan. Kalau Tok Guru ada biasanya tarawikh tamat sekitar 10 malam kerana selepas 4 rakaat ada tazkirah. `Balaisah’ ini seperti dahulu juga, tidak dikunci 24 jam kecuali bahagian hadapan yang di pasang `grill’ untuk menyimpan barangan berharga. Orang ramai bebas berteduh di `balaisah’ ini bila-bila masa, bebas untuk iktikaf dan bebas untuk qiamullail. Selebihnya ada banyak tabung derma disediakan untuk para pengunjung.

Selesai tarawikh, rehat sekejap, badan terasa segar kembali. `Balaisah’ masih sepi. Masa untuk meronda, bisik hatiku. Enjin kereta dihidupkan dan aku meronda dipinggir bandar Kota Bharu. Kota Bharu sedang pesat membangun, pinggir bandarnya satu demi satu jadi kota batu. Kondominium telah berdiri di dua-tiga tempat, cerucuk-cerucuk besi bertaburan tanda akan tumbuhnya bangunan-bangunan baru, hutan-hutan belukar telah banyak yang sudah lapang, jalan-jalan raya yang dulunya gelap kini bercahaya neon, tanda kepadatan penduduk telah bertambah degan pesat.

Betullah kata Tok Guru, pembangunan ini adalah sifat dan rutin manusia. Selagi manusia bernama manusia, selagi itulah mereka akan membangunkan bumi ini kerana itulah sifat manusia. Tidak kira komunis, sosialis, demokrat, facis, atheis atau Islam, semuanya akan membangunkan bumi kerana Allah memang menciptakan manusia sebagai `khalifah’ dimuka bumi. Cumanya bentuk pembangunan akan bergantung kepada fahaman yang dianut manusianya dan kekuatan teknologi yang mampu dimilikinya. Lihat sahaja manusia zaman batu, kerana kurang teknologi, mereka hanya mampu membangunkan gua-gua dengan mengukir pelbagai ukiran yang menarik, meninggalkan maklumat sebagai pusaka bernilai tinggi kepada ratusan generasi dibelakangnya. Pokoknya satu, mereka tetap melakukan pembangunan.

Pukul 11 malam kembali ke `balaisah’ Tok Guru. Beberapa orang telah kelihatan iktikaf, ada yang baring, ada yang zikir, ada yang solat dan ada yang mengaji quran. Aku berwuduk sekali lagi dan melangkah ke dalam `balaisah’ yang bercahaya suram. Berdiri, tunduk dan duduk. Ada urusan peribadi dengan Tuhanku..

Sahabat..
Melabuhkan `lambung’ ini di lantai `balaisah’ Tok Guru, mengajar kembali tubuh yang sudah biasa baring di tilam empuk ini erti sebuah mujahadah. MujahadatunNafs.. teringat kembali kata-kata Ustaz Hashim Jasin, yang pernah aku tadah ilmunya sekitar 18 tahun lampau. Meletakkan kepala di lantai `balaisah’ ini, sekadar beralas kain tuala, melatih kembali diri yang sudah biasa menginap di hotel berbintang-bintang ini akan erti sebuah pengorbanan. Pengorbanan para Sahabat, para awwalun, para-para daie dan sekalian pengikut Islam yang mukhlisin di dalam menegakkan agamanya.

Aku terlelap dalam khayalan. Khayalan melihat umat Islam kembali gagah, segagah tentera Muhammad Al-Fateh yang menakluk Constantinople. Derap kaki kuda bertingkah laju, debu berkepul di udara. Lena diulit mimpi. Jam 3.30 pagi aku terjaga di `balaisah’ Tok Guru ini. Kesepian malam tiba-tiba diisi oleh suara merdu bacaan al-Quran. Imam berbangsa Arab tadi telah berada di saf hadapan rupanya. Dia qiamullail dengan `menjahar’. Di dalam cahaya suram aku melihat beberapa orang menjadi makmumnya. Yang lain, sendiri-sendiri. Aku bingkas, membersih diri dan mencari tempat sunyi dan suram dibalik tiang masjid. Terasa lebih selesa begitu untuk waktu ini. Berdiri, rukuk dan sujud. Selebihnya adalah rahsia. Ini urusan peribadi, tidak perlu cerita yang mendalam-dalam. Cuma sekadar berkongsi, air mata ini sukar sekali mengalir kebelakangan ini, kelopak mata ini terasa keras. Di sebalik berhiba-hiba memohon ampun, air mata tidak juga menitis. Hei air mata! mungkin engkau tidak mahu berlakon di hadapan yang maha Esa. Justeru engkau ambil keputusan boikot, tak mahu keluar..

Duduk dan berdiri dan di`balaisah’ ini, masa berlalu pantas. Meneguk sedikit air dan menjamah sedikit bekal buat esok, urusan peribadi ini diteruskan. Sekitar 15 minit sebelum subuh, kelibat Tok Guru kelihatan. Dada ini terasa lapang, dia tidak mengenal kita tetapi kita mengenal dia. Itu sudah memadai, yang penting ialah menghayati ajaran Nabi yang disambungnya, bukan mengharap dia mengenali wajah kita. Langkah Tok Guru seperti dahulu juga. Tenang dan langkah demi langkahnya perlahan. Dia solat 2 rakaat, perlahan dan lama. Selesai 2 rakaat, azan berkumandang shahdu, lampu-lampu dinyalakan dan orang sudah ramai memenuhi masjid. Gambaran Dato’ Dr Hasan Ali tentang suasana subuh di`balaisah’ ini adalah tepat sekali. Ia seumpama solat pada tengahari di waktu Jumaat, ramai, sesak dan berpusu-pusu.

Iqamah setelah sunat qabliah, Tok Guru mengimamkan solat subuh. Sama seperti 16 tahun lampau, cuma sekarang Tok Guru telah 16 tahun lebih tua. Kelibat tuanya telah kelihatan dari pergerakannya. Seperti dahulu, bacaannya walaupun perlahan tetapi jelas dan satu-satu. Berdirinya agak lama, rukuknya agak lama, iktidalnya agak lama, sujudnya agak lama, duduk antara dua sujudnya agak lama, beralih kedudukan dengan perlahan, itulah identiti solat Tok Guru. Di sinilah aku faham apa erti `toma’ninah’ dari hati yang benar-benar ingin rapat, hormat dan takut dengan Tuhannya. Seperti seorang hamba lemah yang mengadap Tuannya yang serba berkuasa. Penuh hormat, ta’zim dan penuh harap agar tiada kesalahan dan sedia diampunkan.

Selesai solat subuh, Tok Guru memimpin zikir selepas solat. Zikir kali ini sama seperti yang biasa dibaca dimasjid-masjid lain di Malaysia. Cuma pergerakannya kelihatan begitu `capek’ sekali, dia ke mana agaknya malam tadi?. Tok Guru tidak berpusing pun mengadap makmum seperti kebiasaannya. Dia menekan kedua tangannya kebelakang dan menyandarkan tubuhnya pada kedua tangannya. Selesai zikir, Tok Guru memberi tazkirah, juga dalam posisi yang sama, tidak mengadap makmum yang demikian ramai. Aku terasa benar yang Tok Guru begitu keletihan sehingga menahan tubuhnya dari berpusing.

Seperti biasa Tok Guru akan menafsir dan menghurai sebahagian ayat yang dibacanya di dalam solat. Ucapan-ucapannya sentiasa berisi dengan petikan-petikan daripada al-quran. Demikianlah kecintaannya terhadap al-quran. Subuh tersebut Tok Guru membaca sebahagian surah YaaSin dan termasuk diantaranya ayat 33 seperti di bawah.


33. Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan. (S36:A33)

Tok Guru menyeru supaya dakwah tidak hanya dijalankan oleh mereka yang belajar ilmu syariah dan ilmu fardhu ain sahaja tetapi juga perlu dilakukan oleh ahli-ahli pertanian sebagai digambar dalam ayat tersebut. Demikian juga bidang-bidang ilmu yang lain, nescaya akan terdapatlah ayat al-quran yang menerangkan perihal bidang ilmu tersebut. Justeru ahli ilmu tidak boleh hanya `terperosok’ ke dalam bidang ilmunya secara `akliah’ semata-mata tanpa mengambil tahu sepatah pun ayat al-quran berkenaan bidang ilmunya. Mengetahui ayat-ayat al-quran di dalam bidang ilmu masing-masing akan menjadikan al-quran barang yang hidup, bukan barang yang mati, dan al-quran itu perlu selalu dihidupkan di dalam detik kehidupan ini.

Dan seperti selalu juga, Tok Guru akan menyentuh sedikit berkenaan politik. Tok Guru menyebut, orang yang cerdik, orang yang panjang akal, orang yang banyak strategi perjuangannya perlu di ajak supaya berjuang untuk Islam, perlu diajak supaya mengubah ideologi perjuangannya supaya memperjuangkan ideologi Islam. Ini kerana Islam sangat menghargai orang yang cerdik dan cerdas akal fikirannya lagi kuat personaliti dirinya. Tok Guru memberi beberapa contoh bagaimana Nabi dengan begitu lembut, berhemah dan bersifat pemaaf telah memberi peluang kepada pemuka-pemuka kaum musyrikin supaya mengubah halatuju perjuangan agar bersama Islam. Antaranya ialah Khalid Al-Walid, Ikrimah anak Abu Jahal dan Abu Sufian yang begitu terkenal memerangi Islam sebelum peristiwa Fathul Makkah. Semuanya akhirnya bersama Islam dan menjadi pemuka utama di dalam menggemilangkan agama suci itu. Aku terasa bicara Tok guru ini ada kait-mengait dengan isu semasa yang melanda Pakatan Rakyat akhir-akhir ini terutama isu 16 September.

Tazkirah Tok Guru tamat sekitar 6.40 pagi. Beberapa orang mengambil kesempatan bersalaman dengannya. Ingin sekali hati ini mulanya turut serta, namun demi melihat tidak kurang tujuh orang ayah tiba-tiba masuk dan beratur dari pintu sisi sambil menggendong bayi yang masih kecil, aku membatalkan sahaja niat di hati. Ramai sungguh yang mahu Tok Guru `membelah mulut’ anak mereka. Dalam keadaan Tok Guru nampak begitu letih, aku tak sanggup untuk mencuri masanya lagi biarpun hanya sekadar beberapa saat. Tazkirah Tok Guru sudah cukup untuk menghilangkan dahaga kerinduan selama ini. Mendengar tazkirahnya menyebabkan kuliah-kuliah lain terasa tawar. Wajarlah aku menggelarnya ulama’ ini `pendeta agung’ Serambi Mekah.

Aku melangkah keluar dengan perlahan. Bilakah Gunung Semanggol akan punya Ulama’ besar seperti ini lagi?

Suaradarigunung.blogspot.com/ (suaradarigunungsemanggol)
Catatan ini dibuat sempena `qiamullail’ 29 Ramadhan 1429H di Balaisah Tok Guru.

Isnin, 22 September 2008

BERTARAWIKH DI BELAKANG MB NIZAR

Sahabat..
Apa ada di negeri mu?

Di negeri ku ini tidak banyak yang istimewa. Penduduk Islam sekitar 60% sahaja dari keseluruhan penduduk negeri. Yang Islam dan beriman pula tidak pasti.. Sekadar bersangka baik, mungkin sekitar 60% juga.

Pekerjaan orang Islam banyak bergantung pada orang bukan Islam. Makanan orang Islam banyak bergantung pada orang bukan Islam. Minuman orang Islam banyak bergantung pada orang bukan Islam. Pengangkutan orang Islam banyak bergantung pada orang bukan Islam. Pakaian orang Islam banyak bergantung pada orang bukan Islam. Rumah dan bangunan orang Islam banyak bergantung pada orang bukan Islam. Bahkan gaya hidup seharian orang Islam juga telah banyak berubah mengikut perubahan masa. Orang Islam menguasai bidang pentadbiran, pertahanan, keselamatan, adat-istiadat, persempadanan negeri dan majoriti tanah-tanah negeri. Selebihnya dikongsi bersama-sama. Alhamdulillah, setakat ini perkongsian bersifat mesra dan mudah-mudahan rahmat Allah terus bersama negeri Perak Darul Ridzuan.

Ramadhan ini rahmat Tuhan terasa menyimbah negeri ini. Negeri yang panjang berliku dari puncak Titiwangsa di balik utara kemudian menurun jauh hingga ke delta Sungai Perak di Selat Melaka. Sepanjang usiaku di tanah ini, bermain-main, bergaul mesra dengan alamnya, berseloka dengan rimbun hijaunya, belum lah pernah aku melihat, merasai Ramadhan dinegeriku seindah Ramadhan kali ini.

Bukan kerana lampu-pelitanya yang gemerlapan, bukan kerana bubur lambuknya yang tiada tandingan, bukan kerana bingit mercun dan percikan bunga apinya, bukan kerana bazar Ramadhannya yang riuh bersorakan, bukan kerana ketupat lemang seni makanan warisan tradisinya, tetapi kerana budaya baru yang di bawa MB baru tanah ini.

Rahmat Tuhan bersama negeri Perak insya Allah.. Sepanjang usia ini, ditanah ini, belumlah pernah aku melihat orang China dan India yang belum Islam datang ke halaman masjid bergerombolan, sama-sama menikmati hidangan berbuka puasa dengan ala kadarnya. Apa guna membuang masa di waktu maghrib tumpang berbuka di halaman masjid sedang diri tidak berpuasa? Sekali fikir mungkin itu persoalannya, tetapi bila direnung jauh, inilah resipi baru MB yang baru buat memecah tembok assobiyah.

Rahmat Allah untuk tanah ini insya Allah.. Sepanjang usia ini, di daerah ini belumlah pernah aku melihat orang India dan orang China yang belum Islam bergerombolan diluar masjid menantikan orang Islam yang bertarawikh di dalamnya. Apa guna berkumpul diluar masjid di waktu tarawikh, sedang diri tidak bersolat? Itu soalan yang timbul di benak, tetapi mereka menunggu-nunggu MB selesai solat. Untuk mendengar kata-kata hikmatnya. Untuk mendengar tazkirah peringatannya..

Rahmat Allah untuk rakyat negeri ini insya Allah.. Sepanjang usia ini, di tanah tumpah darah ini, inilah acara sulungku bertarawikh di belakang Menteri Besar ku sendiri. Untuk sekian lama dan sekian waktu, keindahan peristiwa, kemanisan Ramadhan ini tercatat dan terpahat indah dalam qalbu memori sebuah jiwa yang bernama rakyat.

Hindari assobiyah(perkauman)!
Tegas sekali suara MB ku malam itu semasa sesi Tazkirah. `Bukan dikalangan ummatku barang siapa di kalangan kamu yang menyeru kepada assobiyah.’ Beliau memetik potongan hadis Nabi dan membacanya dengan lancar. Kalau ada di kalangan kita yang tindas-menindas di negeri ini kerana dasar perkauman bermakna kita telah menzalimi sebahagian daripada makhluk Allah, ujarnya lagi. Saya takut jika ditanya oleh Allah kenapa kamu menindas sebahagian daripada makhluk Aku kerana kepentingan sebahagian makhluk yang lain, sedangkan semuanya adalah makhluk Aku, tambahnya lagi.

Dirikan solat, tegas MB ku lagi.
Bulan Ramadhan ini, kata MB ku, ramai di kalangan kita yang begitu gembira menyambut kedatangannya atas pelbagai matlamat. Bulan Ramadhan ini juga kata MB ku, ramai umat Islam yang berlapar dahaga kerana mengerjakan puasa. Tiba-tiba MB ku bertanya, tahukah hadirin, ada berapa ayat yang memerintahkan berpuasa? Aku pun termangu, ada berapa ayat perintah berpuasa ye?

MB ku menjelaskan, sejak lebih 1000 tahun lalu, hanya satu ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam berpuasa, tidak sampai 1% pun daripada kandungan al-Quran. Atas ayat yang satu itulah umat Islam berpegang teguh mengerjakan ibadah puasa saban tahun. Hafalkah kita ayat yang satu itu? Tiba-tiba MB ku bertanya lagi. Ramai yang tersenyum dan tersengih kerana tidak hafal sedang usia sudah menongkat dunia. Rugi kita selama ini kerana tidak hafal ayat yang satu ini, sebut MB ku sambil membacanya dengan lancar. Mudah-mudahan tahun ini hafallah kita ayat ini, sambungnya lagi.

Tiba-tiba MB bertanya lagi. Sidang hadirin sekalian, berapa ayatkah dalam al-Quran yang menyuruh dan mengingatkan kita supaya bersolat? Sekali lagi aku termangu, tak mampu menjawabnya. Sudah 2 kali aku terasa jahil malam ini.. MB ku menjelaskan dengan lembut. Tidak kurang 60 ayat yang memerintahkan dan mengingatkan kita tentang solat, katanya lagi. Tetapi hakikatnya kita melihat dengan mata kepala kita sendiri betapa ramainya umat Islam yang berlapar dahaga di bulan Ramadhan tetapi tidak melatih sendi-sendi badan buat mendirikan solat, ujarnya lagi. Sebagai Menteri Besar saya menyeru dengan sesungguhnya agar rakyat negeri Perak membudayakan solat dalam kehidupan, katanya lagi. Agenda solat akan menjadi agenda penting kerajaan pimpinan saya, tambahnya lagi.

Ruang masjid penuh sesak. Hampir tiada tempat duduk lagi. Hadirin mendengar dengan khusyu’. Acara sulung dalam kehidupan mungkin, mendengar MB sendiri memberi tazkirah di Ramadhan yang mulia. Ramadhan 1429H yang penuh berkat. `Saya mohon rakyat negeri Perak menjadi `cerdik’ di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mendekati al-Quran, memahami al-Quran dan menghayati al-Quran didalam kehidupan kita sepanjang hayat,’ ujarnya lagi dipenghujung tazkirah.

Mudah-mudahan tazkirah itu membawa `islah’ kepada sekalian pendengar Islam, membawa dakwah dan hidayah pula kepada gerombolan yang ada di luar sana, demikian doa di dalam hati kecilku. Sekian banyak masjid dinegeri ini yang menjemput MB ku mengimarahkan Ramadhan, bertarawikh bersama-sama dan memberi tazkirah di hujungnya. Mudah-mudahan suburlah bumi negeri ini dengan Islam, mudah-mudahan turunlah hidayah atas mereka-mereka yang lain. Mudah-mudahan dipersaudarakanlah bangsa yang pelbagai di negeri ini dengan kalimah `Laa ilahaillallah, Muhammad Rasulullah’, sebagaimana bersaudaranya Aus dan Khazraj, Ansar dan Muhajirin dengan kalimah `Laa ilahaillallah, Muhammad Rasulullah’. Berdoalah sekalian yang muslim, berdoalah sekalian yang mukmin, doa itu senjata orang mukmin..

Sekali lagi sahabat...
Apa ada di negerimu?

Noktah terakhir suatu coretan tidak bermakna penutup bicara. Pada malam, bulan dan keindahan, mungkin ada mesej yang tak kesampaian. Pada sahabat semua, selamat mengimarahkan akhir Ramadhan dan selamat meraikan Aidilfitri.

Sekian buat kali ini.
Suaradarigunung Semanggul.

Isnin, 15 September 2008

KISAH MB PERAK DARI MULUT SEORANG PEMANDU..

Sebenarnya blog ini jikalau ikut perancangan asalnya hanya akan di kemas kini seminggu atau dua minggu sekali. Tetapi oleh kerana kisah ini adalah satu cerita, maka saya awalkan sedikit menulisnya. Cerita kalau dilambat-lambatkan mungkin akan jadi basi, dan mungkin saya sendiri pun nanti turut terlupa bahan-bahannya.

AL kisah, sedang saya bertugas, masuklah seorang `pelanggan’ yang agak baru pada pandangan saya. Beliau bertubuh besar dan tinggi, berat badan anggaran seratus kilo pada hemat saya, dengan usia sekitar 50an. Masuk dengan bertongkat tetapi masih dapat berjalan dengan baik. Beliau memakai sut berwarna biru gelap, seluar juga biru gelap, seperti yang biasa dipakai oleh petugas keselamatan atau pengawal penjara.
Seperti biasa saya menguntum senyum, beliau juga tersenyum. Saya memperkenalkan diri kepada pelanggan baru seperti mana biasa. Beliau juga memperkenalkan diri tetapi memaklumkan bahawa beliau bukanlah pelanggan baru tetapi sudah tiga kali datang ke tempat saya bekerja cumanya beliau berjumpa dengan staff yang lain. Rekod beliau saya periksa dan saya mohon maaf kerana tidak perasan bahawa kedatangan beliau ialah kali yang ketiga.

Saya bertanya kenapa bertongkat, sedang saya lihat beliau masih mampu berjalan dengan tegap. Beliau tersenyum, baru beberapa bulan lepas `operation’ di tulang belakang kata beliau. Takut lantai licin, katanya lagi sambil menunjuk beberapa tempat yang sedang di mop oleh pekerja bangunan.

Rekod beliau saya periksa selama beberapa minit dan akhirnya maklumlah saya apa masalah beliau. Tidaklah mahu saya memperpanjangkan apa masalah beliau dan apa kerjaya saya kerana tajuk kisah ini dan blog suaradarigunung ini bukanlah bertujuan untuk itu. Saya meneruskan perbualan sosial dengan pelanggan tersebut.

`Encik kerja di mana?’ Tanya saya ringkas.
`Di bangunan SUK (Bangunan Perak Darul Redzuan),’ jawabnya pula ringkas.
`Sebagai..? '
`Sebagai pemandu peribadi pegawai’, katanya pula.
`Oh... Pemandu peribadi pegawai mana?’ spontan saya bertanya.
`Pemandu peribadi Pegawai Kewangan Negeri’, sambungnya pula.

`Boleh memandukah sekarang, selepas `operation’ tu?’ tanya saya lagi memanjangkan perbualan.
`Alhamdulillah, sekarang sudah boleh memandu, tetapi di sekitar Ipoh sahaja, kalau nak pergi jauh kena serah pada orang lain’, ceritanya lagi.
`Tak ada masalah kah?’ tanya saya pula.

`Alhamdulillah, sama-sama kita ni bolehlah saya mengadu nasib’, lebih kurang begitulah katanya.
`Tambah-tambah lagi sekarang ni kita ada MB baru’, katanya lagi.
`Kenapa dengan MB baru?’ saya bertanya lagi.
`Ye lah, MB baru kita ni orang agama,’ katanya lagi, lari dari topik asal sakit belakang dan kemampuannya memandu.
`Selalu dia sembahyang Zohor dan Asar berjemaah bersama kami di surau bangunan SUK tu,’ ceritanya lagi.
Sejuk hati saya mendengar cerita baik-baik berkenaan Menteri Besar negeri saya dari seorang Pemandu seperti beliau.
`Dia orang agama,’ katanya lagi. `Makan tengahari pun selalu bersama kami di kantin bangunan sahaja,’ sambungnya lagi. `Dah beberapa kali beliau yang belanja kami makan,’ ceritanya lagi.

Begitu gembira hati saya mendengar ceritanya.. Kalau dahulu kisah-kisah sebegini hanya dapat didengar dari Menteri Besar Kelantan atau Menteri Besar Trengganu 00/04 sahaja. Selebihnya hanyalah dari himpunan kisah-kisah Sahabat, Tabi’-Tabi’in dan salafus-soleh. Alhamdulillah, sekarang ini cerita yang sama sudah dapat didengar dari Menteri Besar Negeri Perak. Negeri yang hanya 55% penduduknya Islam. Dari 55% itu pula tidak diketahui berapa peratus pula yang beriman.

Ingin sekali hati saya bertanya, MB yang dulu bagaimana? Tetapi saya terasa tempat bekerja bukanlah medannya. Saya bekerja sebagai seorang profesional, tidak memihak dan berprasangka kepada siapa-siapa. Tiba-tiba staff dihadapan memberitahu, ada pelanggan lain sedang menunggu. Saya terkedu. `Encik, lain kali kita cerita lagi. Seronok saya mendengar cerita dari Encik’. Dia tersenyum, kami bersalaman. Dia berlalu pergi sambil menghayun tongkatnya.

Petang hari berikutnya sempat saya menelaah al-Quran. Surah al-Hujurat ayat 12. Syukurlah saya kerana saya tidak menanyakan darihal yang bukan-bukan berkenaan MB yang lepas kepada Pemandu Kerajaan Perak tersebut. Saya bukan orang politik dan saya bukan musuh politik MB yang lalu. Justeru saya kira surah al Hujurat ayat 12 tersebut adalah terkena pada diri saya sebagai orang yang Islam dan beriman.






Sekian, jumpa lagi.
Suaradarigunung ni..






Sabtu, 13 September 2008

PAS NOMBOR TIGA UNTUK EMPAT TAHUN..

Keputusan PRU12 mungkin agak mencelarukan sedikit. Parti PAS menang dengan kapasiti yang begitu membanggakan diperingkat negeri (kecuali Trengganu) tetapi diperingkat Pusat kurang membanggakan sedikit dibanding dengan parti PKR dan DAP. Keputusan yang terjadi inilah menyebabkan sedikit kecelaruan timbul terutamanya dikalangan penyokong dan pendokong PAS.

Bagi saya memang dari awal lagi PAS telah membuat kenyataan bahawa PAS lebih menumpukan kepada negeri-negeri sebelah utara dan kurang memberi tumpuan untuk peringkat pusat.

Bila keputusan PRU12 diumumkan, tiba-tiba Tsunami politik berlaku. PAS bergembira kerana tiga negeri di Malaysia bermenteri besarkan orang PAS. Tahukah orang PAS bahawa salah satu negeri yang bermenteri besarkan orang PAS adalah negeri yang mendapat toleransi begitu besar daripada parti DAP dan PKR.. Dan satu lagi negeri juga adalah mendapat sokongan dari PKR.

Kemudian perang psikologi peringkat pusat pun mula dimainkan oleh tokoh besar Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim. Beliau menghebohkan bahawa 16 September akan jadi tarikh keramat dimana Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan. Heboh-heboh ini diwar-warkan sudah tentulah terutamanya oleh pemimpin PKR dan mungkin sedikit oleh DAP.
Perkara ini jelas ketidakpastiannya dan lebih kepada perang psikologi. Tetapi perkara inilah yang ramai penyokong dan pendokong PAS terliur.. Dalam tangan telah ada 3 ketul emas, tetapi bila kawan disebelah bising-bising, `kami akan dapat emas yang banyak 16 September nanti, emas yang besar!’, tiba-tiba kita jadi terliur.

Mulalah kita terasa emas ditangan kita kecil, dan terasa kawan kita tadi tak ajak kita berbincang sangat pun untuk mencari emas yang lebih besar tadi. Perkara `terliur’ ini menjangkit-jangkit lagi kepada perkara-perkara kecil yang lain, lalu kita mula melabel kawan-kawan kita tadi sebagai sudah tidak menghormati perjuangan Islam kita, sedang dari awal lagi kita sudah mengetahui bahawa kawan-kawan tadi bukanlah dari parti yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan.

Apa jadi dengan emas tiga ketul ditangan kita tadi? Adakah telah kita canai dan tempa dengan cemerlang? Pada saya sewaktu Hero Pakatan Rakyat melaung-laung kerajaan baru 16 September, kita sepatutnya melaung-laung kaedah bagaimana kita akan mencanai dan menempa sungguh-sungguh tiga ketul emas tadi agar jadi sangat cantik dan berkilau. Biar bila dilihat orang semuanya terpegun, bukannya nampak `terliur’ dengan 16 September yang tidak pasti sehingga tiga ketul emas di genggaman jadi longgar. Tak pasti bila hendak dicanai dan di tempa..

Dua ketul emas lagi yang kita hanya ada sedikit saham, sudah tentulah tidak dapat dicanai sepenuhnya ikut selera kita, tetapi kalau sebahagiannya sudah ikut selera Islam, itu sudah memadai. Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.

Bagi saya PAS adalah parti yang kuat, jauh lebih kuat daripada PKR dan DAP. DAP tak ada cawangan pun di Kelantan dan Trengganu tetapi PAS ada cawangan sampai ke rumah panjang di Sarawak.
Bagi saya jadi nombor 3 diperingkat Pusat pasca PRU12 tidaklah tersasar daripada pelan PAS untuk menumpu negeri-negeri utara. Kalau hendak jadi nombor satu, kita perlu merancang betul-betul untuk PRU 13 supaya PAS mendapat kerusi yang sepatutnya dan berjuang mati-matian untuk kerusi tersebut. Jangan pula kerusi-kerusi tersebut diserah pada PKR dan DAP pula..

Selebihnya `dakwah’ beb. Janganlah terlalu mengharapkan parti-parti lain akan mempunyai pegangan yang sama dengan kita kalau kita hanya `menyerang’ mereka tetapi melupakan `dakwah’ pada mereka. Dalam `Perjanjian Hudaibiyah’ juga kumpulan Islam nampak rugi untuk beberapa tahun tetapi secara keseluruhannya untung sehingga mampu menakluk Kota Mekah.
Sekian sedikit komen dari ambo.
Suara Dari Gunung ni..

Isnin, 25 Ogos 2008

ANWAR AKAN BERSUMPAH LAKNAT KALAU MEMANG DIA YANG MELIWAT SAIFUL...

Saya memilih tajuk di atas untuk dihujahkan sebagai sokongan peribadi saya kepada Pakatan Rakyat sempena pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Walaupun kemungkinan besar saya tidak dapat berada di sana.. Mudah-mudahan tulisan ini dapat membantu kempen Pakatan Rakyat.

Saiful telah bersumpah laknat... Anwar bila lagi? Demikian bisik sesetengah orang cuba mencari topik perbualan yang hangat. Bagi saya ANWAR akan bersumpah laknat dengan gaya seperti yang Saiful lakukan (iaitu dengan tujuan menarik perhatian umum) hanya sekiranya jika beliau memang meliwat Saiful...

Kenapa saya berhujah demikian...

Saiful Bukhari telah pun bersumpah. Tarikh yang dipilihnya untuk bersumpah pula tarikh yang cukup menarik. Malam penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Ianya adalah satu kebetulan. Titik.

Tarikh dan waktu bersumpah tidak menarik sangat perhatian saya dalam tulisan ini. Walaupun ianya begitu menarik perhatian saya untuk mengalih pandangan ke kaca TV pada malam tersebut.

Ayat-ayat yang dibacakan cukup menggegarkan dan menarik perhatian sebahagian besar rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beragama Islam. Tentu juga mereka yang berada di Permatang Pauh. Bapa saudara saya yang berusia 62 tahun (sebaya dengan Anwar, katanya) mengatakan itulah kali pertama dalam hidupnya dia mendengar orang bersumpah dengan ayat-ayat yang sedemikian rupa. Tidak perlulah saya mengulang ayat yang dibaca oleh orang yang bersumpah kerana saya pun tidak sanggup hendak menulisnya semula..

Selesai bersumpah akhbar memaklumkan Saiful terus meninggalkan masjid dan mengelak bertemu para wartawan. Jikalau saya salah seorang daripada wartawan tentu banyak yang ingin saya tanyakan kepada beliau. Oleh kerana Saiful bersumpah di luar daripada mahkamah dan bukan di dalam waktu perbicaraan tentulah sebagai wartawan saya juga boleh mengemukakan soalan-soalan kepada beliau di luar mahkamah dan di luar waktu perbicaraan.

Oleh kerana kes beliau telah masuk mahkamah, maka soalan yang hendak ditanyakan hanyalah sekadar berkisar dengan ayat-ayat sumpah yang beliau bacakan kerana tidak mahu mengganggu urusan mahkamah. Ini kerana sumpah tersebut dibuat diluar mahkamah dan diluar waktu perbicaraan.

Sekadar soalan pertama mungkin adakah saudara dalam keadaan sedar semasa Anwar memasukkan anunya ke dalam anu saudara?
Jikalau jawapannya dalam keadaan sedar, maka apakah posisi saudara ketika itu? Dalam keadaan menelentang, meniarap, mengiring atau posisi yang lain.
Jikalau jawapannya dalam keadaan menelentang ianya cukup memuaskan hati...

Hanya orang yang berada dalam keadaan sedar sahaja yang dapat memastikan seorang lain memasukkan anunya ke dalam anu sendiri. Orang yang berada dalam keadaan sedar itu pula hendaklah matanya dalam keadaan melihat secara berhadapan anu lawannya. Jikalau dia dalam keadaan meniarap atau dalam keadaan mengiring nescaya dia tidak dapat melihat dengan secara sempurna anu lawannya.

Sebagai pesakit buasir, dua tiga kali saya diperiksa oleh doktor di dalam keadaan mengiring. Doktor memasukkan alat ke dalam anu saya, dan saya merasa sejuk tetapi saya tidak dapat memastikan alat apa yang dimasukkan doktor pada waktu itu kerana saya tidak dapat melihatnya. Hanya setelah selesai prosedur doktor menunjukkan alat yang digunakannya dan barulah saya mengetahuinya.

Justeru posisi yang memungkinkan orang yang mengadu melihat secara jelas anunya dimasuki anu orang lain adalah dalam keadaan posisi menelentang, kecualilah jika beliau ada memasang CCTV dari atas siling untuk merakamnya.

Jikalau ianya berlaku dalam posisi menelentang justeru kita terpaksa bertanya pula sama ada ianya berlaku secara sukarela atau secara paksa. Katakan ianya secara paksa. Maka apakah alat yang digunakan untuk memaksa. Adakah orang yang dituduh menggunakan pengawal-pengawal peribadinya yang gagah perkasa untuk melemahkan tenaga empat kerat sipengadu atau ada senjata api yang digunakan dan diletak dileher pengadu.. Katakan yang dituduh menggunakan ubat-ubatan. Jikalau menggunakan ubat-ubatan sudah tentulah sipengadu berada dalam keadaan tidak sedar, justeru bagaimana dia boleh melihat anu lawannya. Jikalau ianya berlaku secara sukarela, ianya memudahkan cerita..

Di dalam sumpahnya, juga di dalam laporan polis, si pengadu tidak menyebut tentang kewujudan orang lain yang membantu untuk memastikan dia tidak meronta-ronta semasa dinodai dan sipengadu juga tidak menyebut sebarang ancaman untuk membunuhnya dengan senjata api sekiranya beliau meronta-ronta.

Justeru boleh dikatakan ianya berlaku secara sukarela.. Mungkin orang lain boleh bersetuju dengan saya sehingga tahap ini.. Katakan ianya berlaku secara sukarela, di dalam sumpahnya dan di dalam berita-berita yang ada, saya tidak mendengar ada dinyatakan bahawa si pengadu benar-benar insaf dan bertaubat daripada perbuatan terkutuknya dengan pasangan yang diadukannya. (sila betulkan saya jikalau memang ada sipengadu insaf dan bertaubat)

Jikalau memang sipengadu melakukannya secara sukarela dengan orang yang diadukannya dan ianya tidak pula insaf dan bertaubat dari perlakuan kejinya, bermakna dia masih seorang yang berdosa dan seorang pelaku dosa besar. Biasanya seorang pelaku dosa besar tidak akan segan silu pula melakukan dosa yang lain. Berbohong bagi seorang pelaku dosa besar adalah perkara biasa sahaja. Sedangkan dosa yang sangat besar lagi boleh dilakukan, apatah lagi sekadar dosa yang biasa..

Seorang perompak biasanya tidak akan merasa apa-apa membunuh atau mencederakan orang, kerana itu semua adalah kumpulan dosa yang biasa mereka lakukan. Perompak juga tidak akan merasa bersalah bermain judi atau minum arak kerana itu adalah sebahagian daripada hidup mereka bergelumang dosa, dosa besar dan dosa kecil. Justeru jikalau seorang perompak melakukan rompakan dan di dalam rompakan itu dia turut melakukan pembunuhan dan merogol mangsa, apa yang hendak diherankan.. Memang melakukan dosa itu rutin hidup mereka.

Kembali kepada orang yang di adu, Anwar Ibrahim. Saya menggunakan analogi yang mudah. Jikalau memang Anwar lah orangnya yang meliwat Saiful dan dia diminta bersumpah bahawa dia sebenarnya tidak meliwat Saiful, saya percaya dengan mudah Anwar akan terus ke depan dan bersumpah dengan muka yang selamba bahawa dia tidak meliwat orang yang membuat aduan. Dia bukan sahaja akan bersumpah sekali tetapi akan mengulangi sumpahnya banyak kali..

Kenapa saya berkata begitu? Kerana seorang Peliwat adalah seorang pendosa besar, seorang peliwat adalah orang yang dilaknat Allah. Seorang pendosa besar, seorang yang dilaknat Allah, apa yang ditakutinya untuk bersumpah dengan hanya sekadar mengeluarkan kata-kata tertentu dibibir mulut.

Takut dilaknat? Seorang peliwat memang telah dilaknat pun! Seorang peliwat adalah seorang pendosa besar. Seorang pendosa besar, apa yang ditakutinya untuk mempelbagaikan jenis dosanya. Seperti yang saya sebut, seorang perompak tidak akan segan silu membunuh dan merogol. Itu memang variasi dosanya. Demikian juga seorang peliwat, apa yang dia risau untuk menambah variasi dosanya.. Sekadar bersumpah!.. Sedangkan dosa `perbuatan’ lagi dilakukan, tambahan hanya dosa `kata-kata’, tidak ada masalah bagi golongan yang memang bergelumang dosa..

Tetapi Anwar merasa berat untuk bersumpah. Dia merasakan ada `udang disebalik batu’ disebalik desakan supaya dia turut bersumpah oleh lawan politiknya. Pembacaan saya tidak mendalam berkenaan `udang disebalik batu’ itu. Mungkin pembaca semua boleh menambahnya.

Anwar lebih suka kesnya dibicarakan. Sama ada di mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Itulah yang sebaik-baiknya. Sekiranya mahkamah tidak dapat memberi keadilan, atau salah seorang tidak dapat membawa bukti yang cukup seperti yang dikehendaki tetapi dia tetap teguh memegang pendiriannya, maka barulah selepas itu dia bersumpah. Sepatutnya sumpah dilakukan setelah segala bahan bukti dibicarakan dimahkamah, dan sumpah di lakukan dihadapan hakim di dalam mahkamah, bukan di luar mahkamah dan memilih masjid untuk menarik perhatian ramai orang.

Anwar mungkin akan bersumpah dikhalayak ramai juga saya kira sekiranya dia mendapati ramai yang termakan dengan sumpah orang yang mengadu. Saya kira malam terakhir sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah masa yang sesuai untuk beliau bersumpah dikhalayak ramai sekiranya sumpah itu perlu..

Wassalam.

Selasa, 18 Mac 2008

PUTERA GUNUNG SEMANGGOL - ABU BAKAR ALBAQIR

Di petik daripada:
Wikipedia Melayu
Web DUPWP
Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunan
Jawa. Datuknya berasal dari Kendal, Jawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap di Gunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di Klang, Selangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, [Perak]], untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercocok tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama.
Pendidikan
Beliau belajar di Sekolah Melayu selama lima tahun. Di samping itu beliau juga dididik membaca al-Quran dan ilmu-ilmu agama lainnya yang sesuai diterima oleh anak-anak sebayanya.

Setelah menamatkan
Sekolah Melayu, beliau belajar di sebuah pondok di Gunung Semanggol, iaitu Madrasah ar-Rahmaniah. Pondok itu dinamakan demikian adalah sempena nama pengasasnya, Haji Abdul Rahman bin Mahmud, seorang alim yang pernah belajar di al-Azhar, Mesir dan Masjid al-Haram di Mekah. Syeikh Abu Bakar al-Baqir belajar di pondok itu selama enam tahun yakni pada tahun 1919-1924. Selepas itu beliau pindah ke Madrasah Dairatul-Maarif al-Wataniah di Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Di Kepala Batas, beliau diajar oleh guru yang berkebolehan termasuklah Tok Guru Haji Abdullah bin Ibrahim (Haji Abdullah Pak Him), seorang tokoh ulama yang terkenal di sebelah utara Semenanjung. Beliau belajar di situ selama enam tahun.

Ketika gurunya, Haji Abdullah bin Ibrahim berpindah mengajar ke
Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Syeikh Abu Bakar juga berpindah ke sana, berada di sana selama tiga tahun (1931-1933), separuh masa pertama sebagai pelajar, dan pada separuh masa yang kedua sebagai guru pelatih dengan diberi gaji RM30.00 sebulan.
Ma’ahad al-Ehya al-Syarif
Beliau kembali ke
Gunung Semanggol atas panggilan bekas gurunya dan bakal mertuanya, Haji Abd. Rahman, untuk sama-sama berusaha menubuhkan sebuah sekolah Islam di Gunung Semanggol sebagai ganti pondok ar-Rahmaniah.

Berkat usaha gigih Syeikh Abu Bakar al-Baqir dan dengan sokongan kuat Haji Abd. Rahman dan tokoh-tokoh muslim tempatan, maka pada tahun 1934 berdirilah sebuah sekolah agama yang mempunyai manhaj baru, yang diberi nama
Maahad Al-Ehya Al Shariff, menggantikan pondok yang sedia ada yang telah dibangunkan dan diuruskan oleh Haji Abd. Rahman.
Keluarga
Dalam tahun 1935, beliau dinikahkan dengan
Ustazah Fatimah Abd. Rahman. Beliau terus menyertai isterinya ini, dengan mendapat kurnia empat orang anak, seorang lelaki dan tiga orang perempuan, sampailah beliau menemui ajalnya pada 13 Julai 1974. Putera-puteri beliau itu ialah Sahar Mursyid Abu Bakar, Miskiah Fadilah Abu Bakar, Naqibah Nu’ma Abu Bakar, dan Aniqah Rusda Abu Bakar.
Pembaharuan

Dari segi pembaharuan Islam beliau menunjukkan wajah yang mirip dengan
Syeikh Juned Tola. Yang beliau bangunkan ialah pendidikan, politik, ekonomi, dan kerja kebajikan. Tentang fahaman bermazhab atau tidak bermazhab beliau tidak begitu mengambil perhatian. Sepertimana Syeikh Juned Tola , meskipun beliau menganut fahaman pembaharuan dalam bidang akidah dan syariah, namun beliau untuk gerakan “islah”nya tidak berkonfrontasi dengan pihak Syafiiyah. Beliau menekankan pembaharuan itu pada pendidikan.

Pembangunan pendidikan rasmi telah beliau penuhi dengan ditubuhkannya Ma’ahad al-Ihya al-Syarif. Dalam hal ini beliau mendapat kerjasama daripada kaum muslimin tempatan, khasnya daripada
Haji Abd. Rahman Mahmud, Tuan Imam Lebai Sirat, dan Haji Abd. Manaf, Penghulu Kampung Gunung Semanggol. Selain itu, beliau juga mengajar di kelas pengajian yang diadakan di masjid dan surau di sekitar Gunung Semanggol
Perjuangan politik
Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh tokoh-tokoh Islam terkemuka telah dibentuk suatu badan yang bernama
Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA). Sebagai Pengerusi Badan Kebajikan dan Pelajaran MATA beliau telah memainkan peranan penting dalam merangka dasar pendidikan yang bertaraf nasional.

Dalam suatu persidangan yang diadakan di Ma’ahad al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 500 orang pada 15 November 1947 telah dibentuk pula
Lembaga Pendidikan Rakyat, atau singkatannya LEPIR, yang pengelolaannya diserahkan kepada Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi. Antara matlamat yang hendak diperjuangkan oleh LEPIR ialah menyamakan kurikulum pendidikan sekolah agama rakyat dalam Malaya, dan untuk mencapai ini sebuah Pusat Pentadbiran Sekolah Rakyat telah dibentuk dan dikelolakan oleh Haji Zubir Ahmad, yang kemudiannya digantikan oleh Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi.

Perjuangan beliau juga meliputi bidang politik. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh Kesatuan Melayu pada masa itu seperti
Ibrahim Yaakub dan Dr. Burhanuddin al-Hilmi (meninggal 25 September 1969).

Bersama-sama dengan kelahiran MATA dalam suatu persidangan di bangunan al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 2 000 orang para alim ulama dan cerdik-pandai orang Melayu serta utusan dari Singapura dan Indonesia pada 22-24 Mac 1947 lahir pula
Pusat Perekonomian Melayu seMalaya, atau singkatannya PEPERMAS.

Untuk memenuhi hasrat, orang Melayu kepada suatu pertubuhan politik yang bertujuan mencapai kemerdekaan, maka pada 13-14 Mac 1948, sebuah lagi persidangan telah diadakan di al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 5 000 orang. Antara yang hadir ialah
Dr. Burhanuddin al-Hilmi. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang berasaskan Islam, dengan diberi nama Hizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini ditubuhkan pada 14 Mac 1948. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah yang mengetuai parti Islam itu. Selepas itu dilakukanlah lawatan ke seluruh Malaya, bertujuan memberi penerangan kepada rakyat muslimin dan membentuk cawangan di tempat yang boleh dibentuk. Dalam waktu yang tidak lama, parti ini telah mempunyai cawangan di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang.

Berhubung dengan suara dan sikapnya yang lantang menuntut kemerdekaan, maka parti ini ditakuti oleh pihak berkuasa, terutama penjajah
British. Maka dilemparkanlah kepadanya tuduhan dan tohmah-tohmah. Ia juga dituduh sebagai parti “merah” (komunis). Dato’ Onn Jaafar, yang pada masa itu memimpin UMNO, bersikap agak lunak, bahkan dengan secara sindiran mengingatkan anggota UMNO bahawa pertumbuhan politik di Gunung Semanggol itu ialah suatu bahaya dari gunung yang patut diawasi. Pengaruh Gunung Semanggol dalam membentuk pemikiran umat Islam di Malaya sesungguhnya amat ketara.

Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12 tengah hari tiga orang pemimpin utama
HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi, dan Ustaz Abd. Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952.

Ekoran daripada penahanan ini HAMIM menjadi lumpuh dan akhirnya terkubur. Namun, semangat perjuangannya untuk menegakkan Islam di bumi Tanah Melayu diwarisi oleh parti baru, iaitu Parti Islam Se-Malaya, sekarang Parti Islam Se-Malaysia, (
PAS).

Syeikh Abu Bakar al-Baqir telah meninggal dunia pada 13 Julai 1974. Namun, bekas tangannya masih tetap tinggal. Ma’ahad al-Ihya al-Syarif masih berdiri dengan kukuhnya. Dari segi kewangan meskipun sangat sederhana namun ia tidak mengecewakan. Ia mempunyai ladang-ladang seperti ladang getah dan kelapa sawit, serta bendang. Kebun getahnya ada lebih kurang 40 ekar, kebun kelapa sawitnya seluas 60 ekar dan sawah padi ada 12 ekar. Juga ia mempunyai kedai di Sri Manjong yang disewakan RM350.00 sebulan. Selain itu, sekolah ini juga mendapat bantuan daripada
Majlis Agama Negeri Perak. Dan masih ada sumber-sumber lain. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai salah satu pusat perjuangan umat Islam telah berhenti sejak kehilangan Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Tetapi sebagaimana Padang Rengas, Gunung Semanggol juga telah meletakkan beberapa baris batu-bata pada binaan Malaysia merdeka. Sedikit sebanyak ia telah berjaya merombak perasaan, pemikiran, dan mentaliti umat Islam terutama di Perak. Dari suatu bangsa yang jiwanya terjajah dan penuh perasaan rendah diri, diangkatnya menjadi suatu bangsa yang tahu harga diri dan berasa sanggup melakukan perubahan besar.

Kuasa Parti HAMIM sebagai salah satu tenaga pendesak adalah nyata. Ia mempercepat penjajah menyerahkan kuasanya kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Bagaimana semangat kemerdekaan itu dibangunkan kepada pelajarnya dikisahkan oleh tokoh pengasuh yang sekarang ini. Semangat kemerdekaan itu disalurkan juga melalui pelajaran. Guru-guru yang berasal dari
Indonesia sangat menolong dalam membangunkan semangat merdeka itu. Setiap pagi dinyanyikan lagu Indonesia Raya (Lagu Kebangsaan Republik Indonesia). Juga tokoh-tokoh kebangsaan diminta berucap di sini, antaranya termasuklah Datuk Asri Muda.

Syeikh Abu Bakar al-Baqir mengatakan bahawa kemerdekaan bagi Tanah Melayu adalah seperti buah yang sudah masak. Orang putih hanya menunggu kejatuhannya sahaja. Tetapi mereka tidak akan menyerahkannya kepada orang-orang agama. Oleh itu, perlu kita rebut supaya Malaya dapat dijadikan negara Islam.

Tentang fahaman fikahnya menurut
Ustaz Shahar Mursyid Abu Bakar, Setiausaha Persatuan dan Ma’ahad al-Ihya al-Syarif, Syeikh Abu Bakar menolak beberapa perkara yang ditampalkan orang kepada mazhab Syafii seperti talkin, fidyah sembahyang, dan sepertinya. Beliau ingin agar umat Islam itu kembali kepada al-Quran.

Pasal Mawi

Akhirnya aku jawab macam ni......

Akhirnya aku dapat juga sms yang aku benci nak layan tu. Lebih kurang macam ni lah bunyinya.
`Bila hang nak jawab soalan aku, Mawi dah habis konsert di Kelantan.. Soalan aku tak berjawab jugak’.

Banyak yang aku baca lepas dia tanya soalan-soalan hari tu. Tulisan Tok Guru Nik Aziz dan temuramahnya aku baca, jawapan Ustaz Hadi aku baca, tulisan Subki Latiff aku baca, komen Ustaz Harun Taib aku baca, pandangan dan komen Haji Husam aku baca, tulisan Lanh aku baca, tulisan bekas pensyarah dan mentor aku Dr Dzulkifli aku baca dan semua respon daripada sahabat-sahabat yang menjawab email aku tempohari juga aku baca….

Tidak banyak yang menjawab soalan-soalan secara langsung dan 2-3 orang menasihatkan supaya tidak menjawab soalan secara langsung. Apa guna menjawab soalan secara langsung kalau tidak memberi faedah kepada Islam dan tidak memberi ruang mendekati remaja lepak dan golongan sewaktu dengannya. Ada juga yang menasihatkan supaya menjawab soalan dengan soalan juga.

Cuma yang memberanikan aku sedikit adalah tulisan Dr Dzulkifli Ahmad dalam Harakah apabila dia menyimpulkan di akhir tulisannya lebih kurang begini.. `Fenomena Mawi juga sebenarnya adalah satu tanda kegagalan tarbiyyah dalam masyarakat’.

Aku memilih untuk menjawab semua soalan dengan jawapan, tapi secara berkiaslah. Sengaja aku tidak mengalih soalan-soalannya dari awal lagi sebab member aku ni mulutnya cabul sikit. Dulu dia pernah kata macam ni bila aku larikan topik sikit.
`Orang PAS macam ni lah.. Bila orang lain buat HARAM....Bila dia buat HALAL... Orang Parti Ali Setan...Nak buat macam mana....
Susah jugak nak menenangkan Mamat ni bila mulutnya dah cabul.

Akhirnya member tu aku ajak pergi makan kue tiau. Lebih kurang macam di bawah ni lah perbualan kami… Di akhir perbualan aku nampak dia boleh telan jugaklah hujah aku walau pun tak sepenuh hati.. Tak kisahlah, yang penting aku boleh menjawab….. Sengaja aku catatkan di sini untuk ditegur oleh sahabat-sahabat kalau-kalau ada teguran sebab aku pun tak confident sangat dengan jawapan aku…

Aku: Apa hal yang hang nak sangat jawapan dari aku?

Mat: Sebab hang pejuang Islam. Sebab tu aku tanya.

Aku : Kenapa hang tak tanya pada ustaz-ustaz? Depa lagi alim.

Mat: Ustaz pun bukan semua betui.. Banyak jugak yang cari makan.

Aku: Hang jangan cakap macam tu. Hang tau ke apa yang ada dalam hati para
ustaz-ustaz?

Mat: Okay, okay. Sebenarnya aku tak dak kenai ustaz-ustaz yang aku boleh
tanya sambil makan-minum macam ni.

Aku : Aku pun dah tak ingat soalan-soalan hang.

Mat: Pejuang Islam macam mana ni, baru kena soal sikit dah tak mau jawab.
Aku: Okay lah. Ulang balik soalan-soalan hang.

Mat
: Ni haa, sepuluh soalan:
1. Apa hukum Akademi Fantasia?
2. Apa hukum orang yang masuk Akademi Fantasia?
3. Apa hukum Mawi masuk Akademi Fantasia?
4. Apa hukum orang tengok Akademi Fantasia?
5. Apa hukum kita biarkan orang masuk bertanding Akademi Fantasia?
6. Kalau dia mati masa tu macam mana?
7. Apa hukum Mawi mengadakan show-show keliling Malaysia?
8. Apa hukum Kelantan bawa Mawi buat konsert kat sana?
9. Kalau hukum bawa Mawi boleh...Apakah selepas ini kalau ada penyanyi lain yang nak datang ke Kelantan dan akan penuhi syarat macam Mawi....Adakah dia boleh datang buat konsert?
10. Lepas ni kalau Mawi buat konsert kat mana-mana negeri lain apakah hukumnya boleh sebab Kelantan dah benarkan?

Aku
: Banyak betui soalan. Eh! Mamat, hang pernah mencuri?
Mat
: Pasai apa tiba-tiba tanya mencuri? Soalan tak jawab lagi.
Aku
: Yaa la. Jawab la dulu soalan aku.
Mat
: Masa kecik dulu ada la. Curi buah pelam orang. Budak nakai takkan hang
nak berkira sangat.
Aku
: Apa hukum mencuri?
Mat
: Haram.
Aku
: Apa hukum jadi pencuri?
Mat
: Haram.
Aku
: Mat, soalan pertama dan kedua hang dah pun berjawab.
Mat
: Ehm! Okay...nampak logik... Soalan ketiga, ke empat? (3. Apa hukum Mawi masuk Akademi Fantasia? 4. Apa hukum orang tengok Akademi Fantasia?)
Aku
: Makan la dulu... aku pun tengah fikir jugak.
Aku
: Soalan ketiga jawapannya macam soalan kedua la jugak Mamat.. Tak Kira la sapa-sapa.
Mat
: Okay, tak bias. Soalan nombor 4.
Aku
: Soalan nombor 4 ni banyak sikit jawapannya. Kalau orang mencuri...kemudian kita tengok dengan niat nak nasihat dia atau niat nak report polis, dapat pahala la kita. Tapi kalau kita tengok orang mencuri, kita pun join sekaki enjoy.. ataupun mintak komisyen daripada pencuri tu sebab kita rahsiakan aktiviti mencuri dia.. dapat dosa la kita. Tapi kalau kita taubat lepas tu mudah-mudahan dosa terampun.
Mat
: Macam dah prepair je hang ni? Soalan no 5. (5. Apa hukum kita biarkan orang masuk bertanding Akademi Fantasia? 6. Kalau dia mati masa tu macam mana?)
Aku
: Ye laa, pejuang Islam kena la prepair. Soalan no 5 pun kena hurai panjang. Katakan kita nampak seseorang mencuri, kita tengok la keadaan. Kalau pencuri tu kecik anak boleh la kita sekat dia masa tu jugak. Tapi kalau pencuri tu pakai M16 aku nasihat hang jangan sekat la masa tu, nanti dengan hang-hang pun tak selamat.. Aku direct terus soalan no 6, katakan pencuri tu accident lepas mencuri, cedera parah.. kalau dia sempat taubat mudah-mudahan Allah ampunkan dia. Kalau tak sempat itu semua dalam kuasa Allah la...

Mat
: Soalan 7? (7. Apa hukum Mawi mengadakan show-show keliling Malaysia? )
Aku
: Samalah Mat, kalau modus operandinya macam mencuri hukumnya samalah juga. Sebab hang tanya aku pasai hukum aku jawab macam tu lah. Tapi hang kena faham aku bukan ustaz.
Mat
: Okay. Soalan 8, kalau hukumnya dah sama.... Di Kelantan pun hukumnya sama jugaklah? (8. Apa hukum Kelantan bawa Mawi buat konsert kat sana?)
Aku
: Ni hang kena faham sikit, aku bukan nak berdalih. Hang jangan guna hujah bodoh `Parti Ali Setan’ hang tu. Kalau hang sebut jugak, putus member malam ni.
Senarionya macam ni, katakan ada seorang Pak Cik Tua nampak seorang pencuri mencuri, dan pencuri ni sangat handal mencuri. Rumah batu berpagar tinggi berkunci keselamatan pun dia boleh curi. Lepas tu pencuri ni taklah terlampau jahat, dia tak berjudi, dia tak minum arak, dia tak hisap dadah...

Pak Cik Tua ni pulak ada barang berharganya yang diambil oleh orang yang zalim. Dia dah repot polis, dah lapor pada penguasa tapi tak dapat layanan. Akhirnya Pak Cik Tua ni nekad nak upah pencuri handalan ni untuk mencuri barang berharganya yang diambil secara zalim tu...

Sebelum hang melalut, aku nak beritahu hang, sekurang-kurang hukumnya Makruh kalau tak pun Harus.. Apa pendapat hang?
Mat
: Mawi lah tu?
Aku
: Tak semestinya. Orang lain pun boleh jugak kalau kena masa dan ketika.
Mat
: Apa yang nak diambil balik?
Aku
: Hati dan jiwa para remaja yang dicuri dengan hiburan barat, kena dicuri balik dengan hiburan alternatif. Hang pun tau kan, 40,000 orang datang malam pertama, 60,000 orang datang malam kedua.
Mat
: Tapi kalau pencuri, kenapa Pak Cik Tua tu (Nik Aziz la kut) puji dia bukan main?
Aku
: Kita nak bantuan orang kena lah puji dia. Cuba hang fikir kalau hang bantai seseorang, kutuk dia, kutuk mak-bapak dia, agak-agak dia nak kerja dengan hang tak?
Mat
: Tapi aku baca dalam Utusan, Harun Taib sebut lain pulak?
Aku
: Alhamdulillah, aku syukur ada ulama’ dalam PAS sebut macam tu. Sekurang-kurang dia mengingatkan penyokong-penyokong PAS supaya hati-hati bila berurusan dengan kumpulan orang jenis ni. Hang sokong PAS ke?
Mat
: Tu bergantung pada jawapan hang malam ni lah.
Mat
: Tapi kalau upah pencuri, tak dak risiko ke pencuri tu curi barang-barang lain selain daripada barang yang dihajatkan?
Aku
: Risiko memang adalah.. Sebab tu kena buat perjanjian elok-elok. Orang yang nak diupah pun kena pilih elok-elok dulu.
Alhamdulillah, hang boleh baca sendiri laporan dalam Berita Harian. Semua nampak okay.
Mat
: Hang pergi ke?
Aku
: Aku duduk jauh kat Taiping ni Mat. Tak payah pegi la..
Mat
: Okaylah, soalan 9? (9. Kalau hukum bawa Mawi boleh...Apakah selepas ini kalau ada penyanyi lain yang nak datang ke Kelantan dan akan penuhi syarat macam Mawi....Adakah dia boleh datang buat konsert?)
Aku
: Aku bukan Tok Guru Nik Aziz nak decide benda ni. Tapi aku rasa kalau sudah ada pencuri handalan, pencuri tak handalan tak perlu sangat lagi. Tapi kalau duit tak cukup nak upah pencuri handalan. Bolehlah sekali-sekala upah pencuri tak handalan asal penuhi perjanjian.
Mat
:Soalan 10 (10. Lepas ni kalau Mawi buat konsert kat mana-mana negeri lain apakah hukumnya boleh sebab Kelantan dah benarkan?)
Aku
: Macam soalan no 7 la Mat. Kalau modus operandi masih macam mencuri barang yang tidak hak hukumnya sama jugak. Tapi kalau modus operandi sudah berubah kepada mencuri(mengambil) balik barang yang dirampas dengan tidak hak, maka hukum boleh berubah Mat. Ketika itu orang tersebut sudah tidak boleh dipanggil pencuri tapi jadilah dia pembela umat yang teraniaya.
Mat
Robin Hood lah tu?
Aku
Aku tak tau cerita Robin Hood macam mana?


Mat
: Aku tambah satu lagi soalan. Kalau ada orang lain join AF4 tahun depan dan berperwatakan serupa, macam mana?
Aku
: Mat, Hero yang hebat tidak muncul tiap-tiap tahun. Kalau hero yang hebat muncul tiap-tiap tahun maka sudah tidak jadi hebat lagi. Kalau pun ada lagi tahun depan, aku rasa hukumnya sama saja. Tapi hang kena faham, fenomena ni bukan diwujudkan oleh PAS, bukan diwujudkan oleh DAP, MIC atau MCA tapi diwujudkan oleh UMNO. Selagi mana UMNO tak wujudkan garis panduan hiburan mengikut syariah, selagi itulah `Fenomena Celaru Malaysia Pelik’ ni berterusan. Aku pun dah penat jawab soalan hang Mat.
Mat
: Okay, okay terima kasih banyak sebab menjawab soalan.
Aku
: Lepas ni isi borang PAS Mat.
Mat
: Tak tau lagi.
Aku
: Okay lah, tak nak isi borang Pas, jangan isi borang Umno sudah.
Mat
: He! He!

Nota:

1. Aku pilih untuk tidak membela Mawi bukan kerana bencikan dia, tapi kerana aku rasa membela Tok Guru dan Ustaz Harun Taib lebih penting. Mereka tonggak utama dalam Jemaah, lagi pun sudah ramai para peminat yang membela Mawi.

2. Tidaklah aku berniat untuk menyamakan Mawi dengan pencuri yang boleh dihukum potong
tangan. Ia hanya hendak memudahkan komunikasi aku dengan kenalan tersebut.

3. Aku berdoa supaya Mawi istiqamah membantu Jemaah Islam menarik golongan remaja daripada
budaya liar Barat dan berdoa juga supaya Allah menghalalkan rezekinya. Amin.

4. Selebihnya aku berserah kepada Allah. Mudah-mudahan dialog dan penulisan ini memberi
menafaat kepada diriku dan sebahagian manusia.


Ghazali_Ai
5 Ramadhan 1426 H

Malam Ini Lailatul Qadr

:Tuan Hamba! Tuan Hamba!
Tuan Hamba di mana!

:Ya Tuan Hamba, gerangan apakah Tuan hamba mencari hamba!

:Tuan hamba di mana tu!

:Hamba di sini, marilah ke sini!

:Hamba kurang pasti, tuan hamba di mana, hanya suara tuan hamba yang dapat hamba
dengar!

:Hamba di sini, di mihrab masjid ini...

:Oh tuan hamba, gerangan apa tuan hamba berada dimihrab masjid ini?

:Hamba menghidupkan malam.

:Menghidupkan malam?

:Ya, hamba menghidupkan malam, mencari lailatul Qadr!

:Apakah lailatul Qadr itu tuan hamba?

:Lailatul Qadr itu malam kemuliaan, malam penentuan. Malam kemuliaan itu lebih utama daripada 1000 bulan!

:Benarkah tuan hamba?

:Ya benar, Turun malaikat dan Ruhul Amin pada malam itu, dengan izin tuhan mereka,
membawa pokok-pokok dari tiap-tiap perintah!

:Istimewakah malam itu tuan hamba?

:Ya istimewa, Sejahteralah ia hingga terbit fajar.

:Malam inikah malam lailatul qadr itu tuan hamba?

:Mungkin!

:Tuan hamba tidak pasti?

:Ya, hamba tidak pasti!

:Kalau tidak pasti kenapa tuan hamba mencarinya?

:Mungkin hamba akan menemuinya tuan hamba! Petunjuknya banyak sekali.

:Bilakah agaknya malam kemuliaan itu tuan hamba, adakah sebarang petunjuk untuk mencarinya? Adakah
hamba juga berpeluang menemuinya?

:Tuan hamba, setiap insan yang beriman berpeluang untuk menemuinya! Cuma petunjuknya banyak sekali!

:Apakah petunjuknya tuan hamba, tidak sabar hamba hendak mendengarnya!


:Tuan hamba, menjadi perbincangan yg panjang lebar dikalangan ahli hadis dan riwayat, bilakah, malam apakah yang tepat Lailatul Qadr itu. Ibnu Hajar al-Usqalany menyalinkan tidak kurang 45 qaul tentang malam itu, masing-masing menurut pengalaman dgn catatan ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 ramadhan sampai 29 atau 30 ramadhan, ada saja tersebut ulama yang merawikannya. Demikian juga As-Syaukaniy juga menuqilkan demikian tuan hamba.

:Kalau begitu bagaimana tuan hamba? Nampak begitu sukar..

:Tuan hamba, ada satu riwayat dalam hadith Bukhari dirawikan dari Abu Sa’id Al-Khudry bahawa tentang malam berapa yang tepat telah lupa oleh Rasulullah s.a.w. Justeru dianjurkan setiap malam bulan ramadhan itu diramaikan dan diisi penuh dengan ibadat. Tetapi ada juga riwayat yang kuat bahawa Lailatul qadr itu ialah pada malam sepuluh terakhir dari Ramadhan, ertinya sejak malam 21. Sejak malam 21 itu juga Nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya, sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.

:Tuan hamba, tidak ada malam yang lebih hampirkah?

:Tuan hamba, Abdullah bin Mas’ud dan Asy-Sya’biy dan al-Hasan dan Qatadah berpendapat bahwa malam itu ialah malam 24 Ramadhan. Alasan mereka ialah kerana ada hadith dari Wastilah bahwa Al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan.

:Ada pendapat lain lagikah tuan hamba?

:Suatu riwayat lagi daripada As-Suyuthiy, yang kemudian sekali dikuatkan oleh Syaikh Khudhariy bahawa Lailatul qadr jatuh pada 17 Ramadhan. Mereka mengambil istimbat daripada ayat 41 surah al-anfal, “Hari pemisahan, hari bertemu dua golongan” iaitu dalam Peperangan Badr pada 17 Ramadhan.

:Adakah ini muktamad tuan hamba?

:Tuan hamba, kita pun dapat faham bahawa ini adalah hasil ijtihad, bukan suatu nash Qath’iy yang pasti dipegang teguh, sebab Nabi S.a.w menyuruh memperhebat ibadat setelah 10 yang akhir, bukan pada malam 17 Ramadhan.

:Itu sajakah pandangan yang tuan hamba ada?

:Ada sedikit lagi tuan hamba, menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar, sesetengah ulama berpendapat bahawa malam Lailatul Qadr yang sebenarnya hanyalah sekali sahaja, iaitu ketika Al-Quran mulai pertama turun itu. Adapun Lailatul Qadr yang kita peringati dan memperbanyak ibadat pada tiap malam hari bulan Ramadhan itu ialah untuk memperteguh ingatan kita kepada turunnya al-quran itu. Sudah jelas lagi terang malam itu pasti terjadi dalam bulan Ramadhan. Kita hidupkan malam itu, ambil berkat dan sempena, dan memperbanyakkan syukur pada Allah kerana bertepatan malam itulah Al-Quran mula diturunkan Allah. Berdiri mengerjakan sembahyang yang disebut qiamullail atau tarawikh, diseluruh malam Ramadhan atau menambah ramainya di malam 10 yang akhir, pastilah salah satu bertepatan dengan malam turunnya Al-Quran itu.

:Ada kejadian ganjil-ganjilkah malam itu tuan hamba?

:Tuan hamba, ada juga yang mengatakan bahawa malam Lailatul Qadr itu dapat disaksikan dengan kejadian yang ganjil-ganjil. Misalnya air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk ke bumi dan sebagainya. Semuanya itu adalah hal-hal yang tidak dapat dipertanggungjawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya!

:Kalau begitu malam ini kita ke mana tuan hamba?

:Tidak kemana-mana, hamba akan terus di sini menghidupkan malam. Bukankah malam ini 10 akhir ramadhan, Nabi menyuruh kita memperhebat ibadat!
:Ya! Ya! Betul Tuan hamba. Sudah pukul 2 pagi rupanya!

:Oh! Pukul 2 pagi. Kalau begitu ayuh kita qiyamullail, tahajjud, tadarus, zikir dan lain-lain sampailah terbit fajar pagi esok Tuan hamba.

: Oh! Baik tuan hamba, baik!


Ghazali_Ai
Ref: Tafsir Al-Azhar, surah al-Qadr