Bismillahirahmanirrahim
Hampir setahun yang lepas aku menulis berkenaan tajuk di atas beberapa hari sebelum PRK Permatang Pauh berlangsung sebagai tanda sokongan moral pada PKR dan DSAI. Sejak Dua tiga hari lepas pula kes liwat ini kembali hangat apabila mahkamah mula membuat ketetapan untuk membicarakannya. Aku tidak mengikuti secara terperinci tentang proses mahkamah, cuma sekadar memutar kembali tulisan aku tahun lepas. Cuma yang seingat aku DSAI turut membawa kes ini ke mahkamah syariah WP dan membuat tuduhan `Qazaf' terhadap Saiful Bukhari. Aku pun tak tau apa jadi dengan kes mahkamah syariah ini. Ada orang bertanya pada aku dengan skeptikal(ragu-ragu), adakah DSAI akan menyokong `Hudud' jika ia hendak di angkat oleh PAS suatu hari nanti? Aku jawab yang aku tidak dapat mengetahui apa yang ada dalam hati beliau, cuma yang aku nampak kalau dia tidak mahu menyokong HUDUD sudah tentu dia tidak akan membuat laporan tuduhan QAZAF ke atas Saiful Bukhari dalam kes liwat tersebut. Ini adalah kerana QAZAF adalah salah satu bab dalam hukum HUDUD. Bila DSAI menggunakan peruntukan QAZAF yang aku dimaklumkan hanya ada peruntukan di Mahkamah Syariah W.P di Malaysia ini, bagi aku DSAI telah pun menyokong HUDUD..
Isnin, 2008 Ogos 25
Aku memilih tajuk di atas untuk dihujahkan sebagai sokongan peribadiku kepada Pakatan Rakyat sempena pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Walaupun kemungkinan besar aku tidak dapat berada di sana.. Mudah-mudahan tulisan ini dapat membantu kempen Pakatan Rakyat.
Saiful telah bersumpah laknat... Anwar bila lagi? Demikian bisik sesetengah orang cuba mencari topik perbualan yang hangat. Bagi aku ANWAR akan bersumpah laknat dengan gaya seperti yang Saiful lakukan (iaitu dengan tujuan menarik perhatian umum) hanya sekiranya jika beliau memang meliwat Saiful...
Kenapa aku berhujah demikian...
Saiful Bukhari telah pun bersumpah. Tarikh yang dipilihnya untuk bersumpah pula tarikh yang cukup menarik. Malam penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Katany ianya adalah satu kebetulan. Titik.
Tarikh dan waktu bersumpah tidak menarik sangat perhatianku dalam tulisan ini. Walaupun ianya begitu menarik perhatianku untuk mengalih pandangan ke kaca TV pada malam tersebut.
Ayat-ayat yang dibacakan cukup menggegarkan dan menarik perhatian sebahagian besar rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beragama Islam. Tentu juga mereka yang berada di Permatang Pauh. Bapa saudaraku yang berusia 62 tahun (sebaya dengan Anwar, katanya) mengatakan itulah kali pertama dalam hidupnya dia mendengar orang bersumpah dengan ayat-ayat yang sedemikian rupa. Tidak perlulah aku mengulang ayat yang dibaca oleh orang yang bersumpah kerana aku pun tidak sanggup hendak menulisnya semula..
Selesai bersumpah akhbar memaklumkan Saiful terus meninggalkan masjid dan mengelak bertemu para wartawan. Jikalau aku salah seorang daripada wartawan tentu banyak yang ingin aku tanyakan kepada beliau. Oleh kerana Saiful bersumpah di luar daripada mahkamah dan bukan di dalam waktu perbicaraan tentulah sebagai wartawan aku juga boleh mengemukakan soalan-soalan kepada beliau di luar mahkamah dan di luar waktu perbicaraan.
Oleh kerana kes beliau telah masuk mahkamah, maka soalan yang hendak ditanyakan hanyalah sekadar berkisar dengan ayat-ayat sumpah yang beliau bacakan kerana tidak mahu mengganggu urusan mahkamah. Ini kerana sumpah tersebut dibuat diluar mahkamah dan diluar waktu perbicaraan.
Sekadar soalan pertama mungkin adakah saudara dalam keadaan sedar semasa Anwar memasukkan anunya ke dalam anu saudara?
Jikalau jawapannya dalam keadaan sedar, maka apakah posisi saudara ketika itu? Dalam keadaan menelentang, meniarap, mengiring atau posisi yang lain.
Jikalau jawapannya dalam keadaan menelentang ianya cukup memuaskan hati...
Hanya orang yang berada dalam keadaan sedar sahaja yang dapat memastikan seorang lain memasukkan anunya ke dalam anu sendiri. Orang yang berada dalam keadaan sedar itu pula hendaklah matanya dalam keadaan melihat secara berhadapan anu lawannya. Jikalau dia dalam keadaan meniarap atau dalam keadaan mengiring nescaya dia tidak dapat melihat dengan secara sempurna anu lawannya.
Sebagai pesakit buasir, dua tiga kali aku diperiksa oleh doktor di dalam keadaan mengiring. Doktor memasukkan alat ke dalam anu ku, dan aku merasa sejuk tetapi aku tidak dapat memastikan alat apa yang dimasukkan doktor pada waktu itu kerana aku tidak dapat melihatnya. Hanya setelah selesai prosedur doktor menunjukkan alat yang digunakannya dan barulah aku mengetahuinya.
Justeru posisi yang memungkinkan orang yang mengadu melihat secara jelas anunya dimasuki anu orang lain adalah dalam keadaan posisi menelentang, kecualilah jika beliau ada memasang CCTV dari atas siling untuk merakamnya.
Jikalau ianya berlaku dalam posisi menelentang justeru kita terpaksa bertanya pula sama ada ianya berlaku secara sukarela atau secara paksa. Katakan ianya secara paksa. Maka apakah alat yang digunakan untuk memaksa. Adakah orang yang dituduh menggunakan pengawal-pengawal peribadinya yang gagah perkasa untuk melemahkan tenaga empat kerat sipengadu atau ada senjata api yang digunakan dan diletak dileher pengadu.. Katakan yang dituduh menggunakan ubat-ubatan. Jikalau menggunakan ubat-ubatan sudah tentulah sipengadu berada dalam keadaan tidak sedar, justeru bagaimana dia boleh melihat anu lawannya. Jikalau ianya berlaku secara sukarela, ianya memudahkan cerita..
Di dalam sumpahnya, juga di dalam laporan polis, si pengadu tidak menyebut tentang kewujudan orang lain yang membantu untuk memastikan dia tidak meronta-ronta semasa dinodai dan sipengadu juga tidak menyebut sebarang ancaman untuk membunuhnya dengan senjata api sekiranya beliau meronta-ronta.
Justeru boleh dikatakan ianya berlaku secara sukarela.. Mungkin orang lain boleh bersetuju dengan aku sehingga tahap ini.. Katakan ianya berlaku secara sukarela, di dalam sumpahnya dan di dalam berita-berita yang ada, aku tidak mendengar ada dinyatakan bahawa si pengadu benar-benar insaf dan bertaubat daripada perbuatan terkutuknya dengan pasangan yang diadukannya. (sila betulkan aku jikalau memang ada sipengadu insaf dan bertaubat)
Jikalau memang sipengadu melakukannya secara sukarela dengan orang yang diadukannya dan ianya tidak pula insaf dan bertaubat dari perlakuan kejinya, bermakna dia masih seorang yang berdosa dan seorang pelaku dosa besar. Biasanya seorang pelaku dosa besar tidak akan segan silu pula melakukan dosa yang lain. Berbohong bagi seorang pelaku dosa besar adalah perkara biasa sahaja. Sedangkan dosa yang sangat besar lagi boleh dilakukan, apatah lagi sekadar dosa yang biasa..
Seorang perompak biasanya tidak akan merasa apa-apa membunuh atau mencederakan orang, kerana itu semua adalah kumpulan dosa yang biasa mereka lakukan. Perompak juga tidak akan merasa bersalah bermain judi atau minum arak kerana itu adalah sebahagian daripada hidup mereka bergelumang dosa, dosa besar dan dosa kecil. Justeru jikalau seorang perompak melakukan rompakan dan di dalam rompakan itu dia turut melakukan pembunuhan dan merogol mangsa, apa yang hendak diherankan.. Memang melakukan dosa itu rutin hidup mereka.
Kembali kepada orang yang di adu, Anwar Ibrahim. Aku menggunakan analogi yang mudah. Jikalau memang Anwar lah orangnya yang meliwat Saiful dan dia diminta bersumpah bahawa dia sebenarnya tidak meliwat Saiful, aku percaya dengan mudah Anwar akan terus ke depan dan bersumpah dengan muka yang selamba bahawa dia tidak meliwat orang yang membuat aduan. Dia bukan sahaja akan bersumpah sekali tetapi akan mengulangi sumpahnya banyak kali..
Kenapa aku berkata begitu? Kerana seorang Peliwat adalah seorang pendosa besar, seorang peliwat adalah orang yang dilaknat Allah. Seorang pendosa besar, seorang yang dilaknat Allah, apa yang ditakutinya untuk bersumpah dengan hanya sekadar mengeluarkan kata-kata tertentu dibibir mulut.
Takut dilaknat? Seorang peliwat memang telah dilaknat pun! Seorang peliwat adalah seorang pendosa besar. Seorang pendosa besar, apa yang ditakutinya untuk mempelbagaikan jenis dosanya. Seperti yang aku dah sebut, seorang perompak tidak akan segan silu membunuh dan merogol. Itu memang variasi dosanya. Demikian juga seorang peliwat, apa yang dia risau untuk menambah variasi dosanya.. Sekadar bersumpah!.. Sedangkan dosa `perbuatan lagi dilakukan, tambahan hanya dosa `kata-kata, tidak ada masalah bagi golongan yang memang bergelumang dosa..
Tetapi Anwar merasa berat untuk bersumpah. Dia merasakan ada `udang disebalik batu disebalik desakan supaya dia turut bersumpah oleh lawan politiknya. Pembacaanku tidak mendalam berkenaan `udang disebalik batu itu. Mungkin pembaca semua boleh menambahnya.
Anwar lebih suka kesnya dibicarakan. Sama ada di mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Itulah yang sebaik-baiknya. Sekiranya mahkamah tidak dapat memberi keadilan, atau salah seorang tidak dapat membawa bukti yang cukup seperti yang dikehendaki tetapi dia tetap teguh memegang pendiriannya, maka barulah selepas itu dia bersumpah. Sepatutnya sumpah dilakukan setelah segala bahan bukti dibicarakan dimahkamah, dan sumpah di lakukan dihadapan hakim di dalam mahkamah, bukan di luar mahkamah dan memilih masjid untuk menarik perhatian ramai orang.
Anwar mungkin akan bersumpah dikhalayak ramai juga aku kira sekiranya dia mendapati ramai yang termakan dengan sumpah orang yang mengadu. Aku kira malam terakhir sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah masa yang sesuai untuk beliau bersumpah dikhalayak ramai sekiranya sumpah itu perlu..sdgS - Aku kenal sumpah-sumpah, seekor reptilia yang boleh berubah warna mengikut persekitaran sebagai kaedah penyamaran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan