Selasa, 28 Julai 2009

FEQAH BERINTERAKSI DENGAN KAWAN BUKAN ISLAM..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Beberapa ketika dahulu aku mendengar kupasan tentang fiqah Berinteraksi Dengan Kawan Bukan Islam ini di dalam radio IKIM. Ianya begitu menarik dan aku begitu berminat. Ustaz itu mengupas mengatakan hukumnya harus mengucapkan selamat menyambut hari2 perayaan kepada kawan-kawan bukan beragama Islam. Sementelah pula aku ada begitu ramai kawan bukan Islam. Bila menjelang hari raya puasa ramai yang mengucapkan Selamat Hari Raya dan sebagainya. Bila menjelang perayaan mereka pula ramai juga dikalangan kawan-kawanku yang beragama Islam turut mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan kepada kawan-kawan bukan Islam tadi. Aku memilih untuk berdiam diri kerana aku tidak jelas apa hukumnya. Nas yang aku ada hanya surah `Qulya', yang lain aku tak tahu. Justeru aku ambil pendirian berdiam diri. Bila mendengar kupasan tentang buku ini aku rasa cukup tertarik, tetapi kesibukan membuatkan aku tidak sempat mencarinya. Cuma yang aku dapat tangkap ialah mengucapkan Selamat Menyambut sesuatu Perayaan kepada kawan bukan Islam hukumnya harus kata ustaz itu asalkan jangan turut sama menyembah apa yang dia sembah.
Bila timbul isu nyalaan lilin pada majlis memprotes cara SPRM menyiasat kematian Teoh Beng Hock, aku teringat buku ni balik. Aku tidak berniat nak menuding jari kepada mana-mana pihak sama ada mereka mengharuskan atau mengharamkan orang Islam memegang lilin yang dinyalakan tersebut. Ini kerana aku sendiri merasakan `Ulama-ulama kita di Malaysia tidak `master' dalam bidang ini. Ia bidang baru. Ia macamlah doktor-doktor tak berapa mampu nak jawab pasal isu H1N1. Ia normal sebab ia perkara baru. Berilah masa sikit nak cari bahan.
Yang jadi masalah ialah bila ada pihak menangguk di Air Keroh. Air keruh boleh jadi air mutlak, boleh jadi air mustakmal tapi kalau awal-awal lagi kata mustakmal itu yang masalah. Tapi kematian Beng Hock pandai pulak depa kata, tunggu Suruhanjaya kata apa dulu. Bila pasai nyala lilin ni tak pulak depa kata, tunggu orang-orang alim buat rujukan dulu. Bukan sekadar minta pandangan individu yang dah buat `kesilapan' jelas sebelum ni..

Aku copy paste artikel dari blog Abu Nuha. Sapa minat boleh beli buku ni...

FIQAH BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM
Posted by: Abu Nuha on: 11 Februari 2009

Petang semalam, saya membeli buku ini di Kedai Deen di Wisma MUIS, dan alhamdulillah pagi ini saya selesai membacanya.

Dalam kehidupan bermasyarakat kita dengan pelbagai kaum, suku dan agama, sudah tentu kita akan bertembung dengan bermacam-macam perkara yang membingungkan kita. Boleh atau tidak? Halal atau haram?

Buku ini menjelaskan banyak persoalan yang ada dalam masyarakat majmuk kita dan prinsip yang harus dipegang oleh umat Islam.

Ia diikat lagi dengan nas al-Quran dan hadith, pendapat para ulama mazhab, ahli hadith dan ulama-ulama’ lainnya serta pandangan penulis dalam suasana di Malaysia khususnya.

Bak kata penerbit, ada 2 perkara yang mesti dipertimbangkan dalam interaksi kita bersama non muslim.

Pertama syariat dan kedua strategi, iaitu matlamat dakwah kita terhadap mereka. Untuk menarik perhatian saudara, saya catatkan 12 bab bersama tajuk perbahasan yang dibincangkan di dalam buku ini.

Bab 1 : Fiqah Iman dan Agama.

Perbahasan : Hukum berkongsi menyambut perayaan non muslim; muslim memasuki rmah ibadah agama lain; non muslim memasuki masjid; ucapan tahniah sempena perayaan agama lain; upacara tafakur di hadapan patung; perebutan jenazah muslim antara muslim dengan non muslim; jualan kitab agama lain secara terbuka.

Bab 2 : Fiqah Bersaudara, Berjiran dan Berkawan.

Perbahasan : Mengucap salam kepada non muslim; menjawab salam non muslim; berjabat tangan dengan non muslim; berjiran dengan non muslim; tinggal serumah dengan non muslim; menerima hadiah daripada non muslim ataupun memberikan hadiah kepada mereka; ziarah non muslim yang sakit atau meninggal dunia; nafkah ibu bapa non muslim.

Bab 3 : Fiqah Makanan

Perbahasan : Non muslim belanja makan; jamuan makan di rumah non muslim; haiwan sembelihan non muslim (bukan ahli kitab); haiwan sembelihan ahli kitab; haiwan sembelihan yang disebut nama selain Allah; haiwan sembelihan sempena perayaan agama non muslim; ikan jualan non muslim; kelapa yang dipecahkan sempena deepavali; produk makanan keluaran syarikat non muslim; ayam diberi makanan yang diperbuat daripada khinzir; daging korban dimakan non muslim.

Bab 4 : Fiqah Kenajisan Anjing

Perbahasan : Bejana yang dijilat anjing; 7 kali basuhan; kenajisan anjing; bersentuhan dengan anjing; menyentuh tempat yang disentuh oleh anjing; rumah pemilik sebelumnya membela anjing; baju dijilat anjing; memelihara anjing.

Bab 5 : Fiqah Pengharaman Khinzir

Perbahasan : Pengharaman Ddaging khinzir sebagai makanan; sebab daging khinzir diharamkan; segala organ khinzir haram dimakan; keharusa makan khinzir ketika darurat; kenajisan khinzir; cara membersihkan bekas yang terkena khinzir; samak mulut kerana termakan daging khinzir; makanan bercampur daging khinzir; menternak khinzir; memanfaatkan kulit khinzir; ubat-ubat yang diperbuat daripada khinzir; daging lembu dijual bersebelahan daging khinzir; baja najis khinzir.

Bab 6 : Fiqah Pengharaman Arak

Perbahasan : Dalil pengharaman arak; jenis-jenis arak zaman ini; kenajisan arak; jamuan yang menghidangkan arak; kerjaya berkaitan arak; arak sebagai ubat; pelaburan dalam syarikat arak.

Bab 7 : Fiqah Muamalah

Perbahasan : Jual beli dengan non muslim; muamalah dengan syarikat yahudi; menghantar anak kecil ke pusat asuhan non muslim; non muslim menjual dan membeli al-Quran; kitab dan buku agama Islam diberikan kepada non muslim; rumah muslim atau premis milik muslim disewa kepada non muslim; muslim bekerja dengan majikan non muslim.

Bab 8 : Fiqah Perubatan

Perbahasan : Doktor non musli merawat pesakit muslim; derma organ kepada non muslim; penerimaan organ daripada non muslim; penerimaan darah daripada non muslim.

Bab 9 : Fiqah Aurat

Perbahasan : Aurat antara wanita muslimah dengan wanita non muslim; fesyen; pakaian khas untuk non muslim.

Bab 10 : Fiqah Perkahwinan

Perbahasan : Bercinta dengan non muslim; wanita muslimah berkahwin dengan lelaki non muslim; berkahwin dengan ahli kitab.

Bab 11 : Fiqah Siasah

Perbahasan : Non muslim dalam negara; bekerjasama dengan non muslim; mengangkat non muslim sebagai wakil rakyat; kerjasama politik (tahaluf siyasi); jizyah; jihad menentang non muslim.

Bab 12 : Fiqah Menganut Agama Islam

Perbahasan : Berkhatan; qadha ibadat yang tidak ditunaikan semasa belum Islam; amal kebaikan semasa masih non muslim; tukar nama kerana masuk Islam; wajibkah memberitahu keluarga tentang pengislaman, muslim baru tidak tahu solat; hukuman jenayah murtad ialah bunuh.

Tahniah kepada Ust Mohammad Nizam Abdul Kadir yang menulis buku ini juga penerbit Hj Waharp Yusoff bersama tenaga kerjanya dalam Telaga Biru Sdn Bhd. Untuk makluman cetakan pertama buku ini ialah pada Januari 2009. Beli jangan tak beli!

1 ulasan:

  1. Great people and great ideas to live life in different ways...

    DEEPIKA BHATT
    Cash Online Get Easy cash at your door step

    BalasPadam