Khamis, 15 Oktober 2009

Ahmedinajad: Mengingati Kematian Tragis Marwa el-Sharbini

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiga minggu lalu, wartawan CBS news Online, Katie Couric bertemu buku dengan ruas. Semasa sesi temuramah dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinajad, Couric telah bertanya tentang Neda Soltan, wanita Iran yang telah ditembak dan terbunuh ditangan pengawal keselamatan Iran pada bulan Jun lepas semasa berlakunya krisis pilihan raya di Iran.

Selepas melafazkan kekesalannya kerana kehilangan satu nyawa, Ahmedinajad mengeluarkan sekeping gambar seorang wanita yang lain dari poketnya. Dia menunjukkan gambar wanita tersebut kepada Couric dan menanyakannya sama ada dia mengenali wanita tersebut. Couric mengatakan bahawa dia tidak mengenali wanita tersebut. Ketika itulah Ahmedinajad mengeluarkan peluru-peluru hujahnya yang tajam.
Beliau menerangkan bahawa wanita di dalam gambar itu adalah Marwa Ali El-Sherbini. Beliau ditikam bertalu-talu sehingga mati disebuah mahkamah Jerman oleh seorang neo-Nazi. Presiden Iran itu bertanya kenapa kematian Puan Marwa Ali El-Sherbini tidak diheboh dan dihebahkan oleh media barat sama seperti yang mereka lakukan terhadap kematian Neda Soltan.

Ahmedinajad kemudiannya mencadangkan jawapan bahawa media barat yang mengwar-warkan kematian Neda Soltan sebagai syuhada’ sengaja tidak mahu ambil peduli tentang kematian Marwa.

Ahmedinajad juga mengkritik keras kerajaan Jerman kerana kelemahan mereka mengendalikan kes tersebut disamping turut mengutuk Barack Obama dan media barat kerana cuba menyembunyikan berita tersebut.

"Tuan Hakim, Para Juri dan Kerajaan Jerman bertanggungjawab penuh dalam kes ini", kata Ahmedinajad di dalam temuramah itu.

Berita rasmi Iran (IRNA) juga memetik Ahmenidajad mengutuk Presiden Amerika Barack Obama dan pemimpin-pemimpin dunia yang lain kerana tidak mengambil kesah tentang kematian Marwa elSharbini.

“Kita tidak melihat sebarang reaksi daripada Obama, juga Negara Eropah yang lain atau Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu. Kami menggesa mereka mengutuk Jerman” kata Ahmedinajad lagi.

“Bila ada satu kejadian kecil dinegara yang anti mereka, mereka mengeluarkan resolusi menentangnya, tetapi mereka sendiri langsung tidak menghormati hak-hak minima seorang penduduk dinegara mereka sendiri,” katanya lagi.

Kita mungkin terfikir sejenak dan bertanya kenapa Couric tidak mengenali siapa dia Marwa elSharbini dan bagaimana dia telah dibunuh. Namun kita mengharapkan agar jawapannya bukanlah kerana Marwa memakai tudung kepala dan Couric tidak dapat membezakan dan mengenali semua wanita yang memakai tudung kepala.

Temuramah televisyen antara Couric dan Ahmedinajad berlangsung 3 minggu lepas tetapi kehangatan kesannya timbul lebih kurang seminggu kemudian. Nama Marwa Ali elSherbini mula menjadi tumpuan ribuan carian didalam internet. Ahmedinajad mengekalkan statusnya sebagai seorang yang tidak boleh diambil mudah semasa temuramah.

Walupun begitu Couric berusaha juga membuktikan dirinya sebagai penemuramah yang hebat. Dipenghujung temuramahnya Couric menunjukkan kepada Ahmedinajad gambar-gambar zaman perang dunia ke 2 yang menunjukkan kem-kem tahanan yang sesak dengan orang Yahudi. Dia bertanya kepada Ahmedinajad yang kerapkali mengatakan bahawa `Holocaust’ adalah satu pembohongan, `Adakah gambar ini rekaan?’, `Adakah gambar ini pembohongan?”.

Terjemahan bebas daripada artikel:

Couric's TV showdown: Mahmoud Ahmadinejad puts Katie Couric in a tough spot during their interview.Thu Oct 1, 8:50 pm ET

Katie Couric adalah wartawan dan penemuramah CBS News Videos Online

sdgs: Nanti aku tulis lagi siapa dia Marwa elSharbini ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan