Isnin, 26 Oktober 2009

KONFLIK PAS: WAJARKAH MUKTAMAR KHASLAH?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
(Aku copy paste, tulisan seorang kawan)

Konflik

Konflik dalam organisasi adalah perkara yang lumrah dan perlu untuk mematangkan organisasi.

Great leaders develop through adversity. They do not cave in to circumstance. In the toughest of times they stand up, and through their hard work and perseverance, they become true heroes.
( Steve Harney)

Pemimpin yang boleh melalui zaman konflik akan menjadi pemimpin sebenar yang di uji kepimpinannya. Ramai orang boleh menjadi Kapten kapal semasa air tenang tetapi pemimpin yang mampu membawa kapal keluar dari ribut taufan, tentulah memerlukan kualiti tertentu seorang pemimpin agung.

Jika kita bangkit semasa konflik, jelaslah kebolehan kita begitu juga sebaliknya. Ada orang yang menjadi pemimpin kerana bangun dari bawah dan ada orang yang menjadi pemimpin disebabkan oleh kesempatan dan keadaan semasa. Semasa konfliklah baru kita tahu adakah orang yang di angkat menjadi pemimpin boleh dan layak berada disitu.

Terutamanya dalam PAS bila sudah menjadi budaya "tak elok lawan", menyebabkan pemimpin yang naik banyak disebabkan oleh keadaan dan kesempatan sahaja. Pemimpin datang dan pergi, kita tidak boleh nak ta'sub dengan seseorang. Seseorang mungkin hebat dari segi ilmunya tetapi mungkin tidak hebat politik nya. Mungkin hebat pidatonya tetapi tidak hebat mengatur strategi, Mungkin hebat gayanya tetapi isinya tak seberapa. Konflik adalah pentas terbaik untuk pemutihan jika parti mahu terus ke depan.

Saya berpendapat Muktamar Khaslah adalah perkara yang patut. `Let it settle once and for all’. Kita boleh bersiap siaga utk PRU 13 dalam keadaan paling mantap. Perkara yang perlu di bahas dan di undi adalah keperluan berada dalam Pakatan Rakyat dan undi terhadap setiap kepimpinan terutamanya Mursyidul Am sendiri kerana jawatan tersebut di lantik bukannya di pilih. Mungkin perlu di bincangkan segera juga dalam Muktamar tersebut berkenaan sayap bukan Islam dalam PAS. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan siapa yang naik atau siapa yang turun. Yang penting kita menghadapi PRU 13`in the best form’.

`A few steps ahead'

Pemimpin yang hebat akan merancang dan bersifat proaktif bukannya reaktif. PAS sebagai parti paling lama dan paling besar sepatutnya memimpin PR. Tanyalah diri kita sendiri, adakah sekarang ini PAS terkedepan dalam PR atau masih lagi reaktif terhadap isu-isu berkaitan ritual Islam sahaja?

Analisa Bagan pinang menarik dibincangkan. Perbezaan undi yang di perolehi oleh PAS amat besar. Memang senang untuk meletak kesalahan pada pihak lain - undi pos, rasuah pilihan raya, calon BN banyak jasa, memang kawasan BN dan sebagainya. Kelemahan kita cuma di bincangkan disebabkan kerana kita cuma ada 4 cawangan sahaja.

Sudah ada orang membangkitkan dalam jarak masa PRU 12 atau mungkin beberapa bulan sebelum PRK Bagan Pinang sehinggga PRK tersebut, dalam keadaan jumlah cawangan PAS yang sama pada masa itu, kita hilang begitu banyak undi orang India dan Cina. Apakah yang menyebabkan `public perception’ kaum berkenaan menjadi teruk terhadap PAS?

Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan isu arak, kepala lembu, Kampung Buah Pala telah menyumbang kepada kemerosotan ini. PAS gagal menunjukkan ia parti yang membela rakyat. Dalam kes Kampung Buah Pala, cuma Dr Mujahid sahaja berusaha, kes arak tidak ada kenyataan yang jelas, kes kuil hindu tidak ada pembelaan dari pimpinan tertinggi. Kes profil tinggi sebegini adalah medan terbaik untuk mempromosi PAS. `Inaction leads to public perception that PAS does not really care’.

Mungkin pimpinan kita beranggapan bila PR di daftarkan nanti, kita dah tak pakai lambang bulan, lalu tak perlu tonjolkan PAS sangat. Ataupun lebih malang kalau pimpinan kita tidak memikirkan langsung kesan pendaftaran PR ni. Saya bersangka baik, tentunya pimpinan kita sudah mempunyai plan rancangan yang hebat bila PR di daftarkan nanti.

Berpecah

"Jika di takdirkan, dengan muktamar khas ini PAS berpecah, biarlah".
Begitu keras bunyi kenyataan TGNA. Saya cuba berfikiran positif. Kita cuma menggunakan PAS sebagai tunggangan sahaja, yang di perjuangkan Islam. Akidah' kita pada Islam, bukan pada personaliti tertentu dan bukan pada jenama PAS. Mungkin ia lebih baik untuk Islam. Parti Refah yang memenangi pilihanraya Turki tahun 1995 dulu berpecah dan lahir parti AK. Hasil dari perpecahan itu juga baik untuk Islam. Walaupun segolongan yang menyokong kuat Presiden Parti Refah masih tidak senang dengan parti AK tetapi setidak tidak nya kita orang yang berada diluar merasakan kemenangan parti AK adalah positif untuk Islam.

Saya berharap kita sebagai orang Islam yang berakhlak akan dapat berbahas dengan fikiran yang bersih, bukannya emosi. Pendapat yang tertentu mungkin hanya 'betul' pada ketika tertentu dan 'salah' pada ketika yang lain.

WalAllahA'lam.

sdgs - `Berusaha membantu menyelesaikan kemelut adalah baik, tetapi kalau kita dilihat menambah kemelut yang ada,'.... Itu yang sedih tu..

Jumaat, 23 Oktober 2009

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

Bismillahirrhamanirrahim..
(Beberapa bulan sudah semenjak bulan Syaaban, aku mengambil keputusan untuk `bercuti' daripada menulis berkenaan isu-isu melibatkan politik Pas, PR dan Malaysia buat sementara waktu kerana terasa ada sesuatu yang membuatkan fikiranku terganggu. Walaupun kecintaan kepada Parti Islam tidak pernah tergugat, namun aku terasa ada perisa yang tidak kena di dalam perencah yang disajikan. Sehinggalah Tok Guru sendiri memberikan komennya terhadap perencah yang berperisa `pelik' itu). Sama-samalah kita ambil perhatian..

22 Oct 2009
PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan

Latarbelakang:

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Jumaat, 16 Oktober 2009

Marwa Ali El-Sharbini: Mangsa Pembunuhan Tragis..

Bismillahirrahmanirrahim.

(Artikel terjemahan bebas)
Marwa Ali El-Sherbini adalah seorang wanita Mesir, bekerja sebagai ahli farmasi dan juga seorang pemain bola tangan (handball). Dia dibunuh di dalam bilik perbicaraan mahkamah di Dresden, Jerman oleh lelaki yang dibicarakan atas dakwaan kerana melakukan penderaaan dan penghinaan agama dan bangsa kepada beliau. Hanya kerana Marwa memakai tudung kepala, lelaki tersebut telah memanggilnya dengan panggilan `Islam, pengganas dan anjing betina’.

Pada bulan Ogos 2008, Alex W (seorang Jerman berasal Russia, tidak diketahui nama penuh kerana memang amalan media Jerman sedemikian untuk tertuduh kesalahan jenayah) melaungkan panggilan penghinaan dan penderaan sosial terhadap Marwa di Taman Permainan di Dresden, Jerman. Alex menjeritkan beliau dengan gelaran `Islamis’, `pengganas’ dan `anjing betina’. Perkataan-perkataan itu dikeluarkan ketika Alex hendak mendapatkan buaian yang sedang digunakan oleh anak Marwa yang berusia tiga tahun. Alex pada ketika itu membawa bersama anak saudara perempuannya yang juga ingin bermain buaian tersebut. Marwa ketika itu memakai tudung kepala seorang wanita Islam.

Marwa mengambil tindakan mahkamah terhadap Alex kerana melakukan penderaan sosial terhadapnya dan Alex telah didenda 780Euro (RM3920.00) oleh mahkamah tempatan. Semasa di dalam mahkamah tempatan, Alex telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada Marwa, “Kamu tidak ada hak untuk tinggal di sini”.

Pihak pendakwa awam telah memfailkan rayuan untuk mengenakan denda yang lebih tinggi kerana Alex telah mempamerkan sikap penderaan sosial yang terbuka di dalam kejadian itu. Sesi rayuan telah diadakan pada pagi 1 Julai 2009 (Rabu). Lapan orang yang terlibat telah hadir didalam bilik mahkamah. Seorang panel profesional, dua orang hakim, pihak pendakwa, Alex selaku tertuduh dan peguamnya, Marwa el-Sherbini selaku saksi terhadap dakwaan kes serta suami dan anaknya selaku orang awam. Tidak ada pengawal keselamatan pada ketika itu dan tubuh badan orang-orang yang memasuki bilik mahkamah itu tidak diperiksa kerana dijangka tidak ada sebarang masalah keselamatan akan berlaku dan tidak ada tertuduh dalam tahanan yang hadir.

Selepas Marwa El_sherbini membuat pengakuan, Alex W yang berusia 28 tahun melompat ke arahnya dan menyerangnya dihadapan suami dan anaknya. Marwa telah ditikam 18 kali yang menyebabkan kematiannya. Sebahagian saksi memberitahu Alex W menjerit, ”kamu tidak sepatutnya hidup” semasa beliau menikam Marwa.

Seorang polis yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah kerana menguruskan kes lain telah dipanggil dan sekali lagi masalah berlaku apabila beliau telah melakukan kesilapan menembak kaki suami Marwa yang sedang berusaha menyelamatkan isterinya. Suami Marwa juga mendapat cedera teruk akibat serangan Alex. Panggilan kecemasan telah dibuat dan empat ambulans dikejarkan ke tempat kejadian namun Marwa telah meninggal dunia ditempat kejadian.

Samy Yusuf, seorang pendakwah melalui nasyid telah mengarang nasyid yang indah untuk Marwa seperti di bawah. (Belum diberi kelapangan untuk terjemah)

Song by SAMI YUSUF
FREE
What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I’m so oppressed
But I don’t need for you to liberate me
My head is not bare
And you can’t see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You’re sure I’m in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care

CHORUS:
So don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity…
My modesty
My integrity
So don’t judge me
Open your eyes and see…
Why can’t you just accept me? she says
Why can’t I just be me? she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
All I want is equality
Why can’t you just let me be free?
For you I sing this song
My sister, may you always be strong
From you I’ve learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you
You walk with no fear
Through the insults you hear
Your wish so sincere
That they’d understand you
But before you walk away
This time you turn and say:
But don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity
My modesty
My integrity
So let me be
She says with a smile
I’m the one who’s free.

For the video, please click on:
http://www.youtube. com/watch? v=F7PRZUQnx- o

sdgs - Kalau ada masa aku terjemahlah nasyid ni.

Khamis, 15 Oktober 2009

Ahmedinajad: Mengingati Kematian Tragis Marwa el-Sharbini

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiga minggu lalu, wartawan CBS news Online, Katie Couric bertemu buku dengan ruas. Semasa sesi temuramah dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinajad, Couric telah bertanya tentang Neda Soltan, wanita Iran yang telah ditembak dan terbunuh ditangan pengawal keselamatan Iran pada bulan Jun lepas semasa berlakunya krisis pilihan raya di Iran.

Selepas melafazkan kekesalannya kerana kehilangan satu nyawa, Ahmedinajad mengeluarkan sekeping gambar seorang wanita yang lain dari poketnya. Dia menunjukkan gambar wanita tersebut kepada Couric dan menanyakannya sama ada dia mengenali wanita tersebut. Couric mengatakan bahawa dia tidak mengenali wanita tersebut. Ketika itulah Ahmedinajad mengeluarkan peluru-peluru hujahnya yang tajam.
Beliau menerangkan bahawa wanita di dalam gambar itu adalah Marwa Ali El-Sherbini. Beliau ditikam bertalu-talu sehingga mati disebuah mahkamah Jerman oleh seorang neo-Nazi. Presiden Iran itu bertanya kenapa kematian Puan Marwa Ali El-Sherbini tidak diheboh dan dihebahkan oleh media barat sama seperti yang mereka lakukan terhadap kematian Neda Soltan.

Ahmedinajad kemudiannya mencadangkan jawapan bahawa media barat yang mengwar-warkan kematian Neda Soltan sebagai syuhada’ sengaja tidak mahu ambil peduli tentang kematian Marwa.

Ahmedinajad juga mengkritik keras kerajaan Jerman kerana kelemahan mereka mengendalikan kes tersebut disamping turut mengutuk Barack Obama dan media barat kerana cuba menyembunyikan berita tersebut.

"Tuan Hakim, Para Juri dan Kerajaan Jerman bertanggungjawab penuh dalam kes ini", kata Ahmedinajad di dalam temuramah itu.

Berita rasmi Iran (IRNA) juga memetik Ahmenidajad mengutuk Presiden Amerika Barack Obama dan pemimpin-pemimpin dunia yang lain kerana tidak mengambil kesah tentang kematian Marwa elSharbini.

“Kita tidak melihat sebarang reaksi daripada Obama, juga Negara Eropah yang lain atau Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu. Kami menggesa mereka mengutuk Jerman” kata Ahmedinajad lagi.

“Bila ada satu kejadian kecil dinegara yang anti mereka, mereka mengeluarkan resolusi menentangnya, tetapi mereka sendiri langsung tidak menghormati hak-hak minima seorang penduduk dinegara mereka sendiri,” katanya lagi.

Kita mungkin terfikir sejenak dan bertanya kenapa Couric tidak mengenali siapa dia Marwa elSharbini dan bagaimana dia telah dibunuh. Namun kita mengharapkan agar jawapannya bukanlah kerana Marwa memakai tudung kepala dan Couric tidak dapat membezakan dan mengenali semua wanita yang memakai tudung kepala.

Temuramah televisyen antara Couric dan Ahmedinajad berlangsung 3 minggu lepas tetapi kehangatan kesannya timbul lebih kurang seminggu kemudian. Nama Marwa Ali elSherbini mula menjadi tumpuan ribuan carian didalam internet. Ahmedinajad mengekalkan statusnya sebagai seorang yang tidak boleh diambil mudah semasa temuramah.

Walupun begitu Couric berusaha juga membuktikan dirinya sebagai penemuramah yang hebat. Dipenghujung temuramahnya Couric menunjukkan kepada Ahmedinajad gambar-gambar zaman perang dunia ke 2 yang menunjukkan kem-kem tahanan yang sesak dengan orang Yahudi. Dia bertanya kepada Ahmedinajad yang kerapkali mengatakan bahawa `Holocaust’ adalah satu pembohongan, `Adakah gambar ini rekaan?’, `Adakah gambar ini pembohongan?”.

Terjemahan bebas daripada artikel:

Couric's TV showdown: Mahmoud Ahmadinejad puts Katie Couric in a tough spot during their interview.Thu Oct 1, 8:50 pm ET

Katie Couric adalah wartawan dan penemuramah CBS News Videos Online

sdgs: Nanti aku tulis lagi siapa dia Marwa elSharbini ni..