Sabtu, 2 Mei 2009

MENYOROTI UCAPAN NIK AZIZ KETIKA MELAKUKAN `REFORM' DI ZAMAN ASRI..

(ARTIKEL ORIGINAL)
Tidak lama lagi Muktamar PAS Pusat akan berlangsung. Sebagai salah seorang pengikut kerdil, tetapi turut membayar yuran, saya merasakan saya pun boleh bersuara walaupun tidak ramai pendengarnya. Itu tidak penting, yang penting kita turut menjalankan tugas sebagai salah seorang penghuni rumah besar PAS yang padat itu.

Baru-baru ini semacam sedikit keributan berlaku dalam rumah tangga PAS. Puncanya hampir semua yang prihatin dengan PAS telah mengetahuinya. Sebagai pengikut kerdil, saya tetaplah berpendirian bahawa isu kerukunan rumah tangga PAS perlu diselesaikan di dalam rumah tangga itu sendiri secara berhikmah.

Walaupun mengambil pendirian berkecuali. Tidak menyokong, tidak membangkang dan tidak mengundi, saya berpendirian bahawa saya wajar bersuara. Sekurang-kurangnya mewakili kelompok-kelompok kerdil dalam PAS.

Saya menyoroti ucapan-ucapan lama TGNA ketika melakukan `Islah' di dalam PAS sekitar tahun 80an dahulu. Ucapan dan tulisan TGNA tegas, berani dan kontroversi juga, tetapi ada beberapa ciri di dalam ucapan tersebut yang saya rasa dapat saya nikmati. Saya senaraikan di bawah ini ciri-ciri yang saya ternampak, tetapi para pembaca bolehlah menilainya melalui kacamata sendiri.

1. Ucapan TGNA di zaman peng`islah'an adalah tegas, berani dan mungkin `kontroversi'
2. Ucapan/tulisannya fokus dan tepat kepada individu yang dimaksudkan
3. Ucapan/tulisannya penuh rasa kebertanggungjawaban
4. Ucapan/tulisannya dinyatakan dengan keberanian memberikan pembuktian
5. Ucapan/tulisannya dikeluarkan dihadapan `penonton' yang sesuai. Hanya setelah
sekian lama barulah ucapan itu dibawa orang ke mana-mana (dijadikan bahan rujukan
dsb)
6. Ucapan/tulisannya menyandarkan pendirian berdasarkan keputusan yang dibuat secara
jamai', sama ada keputusan muktamar atau keputusan mesyuarat yang sah.
7. Ucapan/tulisannya disertai dengan sifat merendah diri dipenghujungnya dengan
permohonan maaf dan yang sewaktu dengannya.

Di dalam melakukan Islah atau Reform, saya merasakan wajar semua pihak menuruti garis panduan yang telah ditonjolkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sejak sekian lama ini. Sebagai salah satu contoh, saya bawakan salah satu ucapannya yang terpendek sekitar tahun 82-83. Saya petik teks ucapan ini daripada sebuah buku bertajuk `Perjuangan Penuh Cabaran' karya Kamarul Zaman Yusuf. Ada banyak lagi teks-teks ucapan pengislahannya yang lain tetapi yang inilah yang terpendek supaya mampu kita baca.

Semoga kita sama-sama membaca dan mengislah diri.
Wassalam
Suaradarigunung Semanggol - Yang tumpang bersedih...
Klik pada gambar untuk besarkn imej..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan