Selasa, 26 Mei 2009

PUASA SUNAT 3 HARI ATAU MOGOK LAPAR 72 JAM?


Surat-surat khabar yang menyokong UMNO/BN sengaja memprovokasi tindakan Pakatan Rakyat Perak menganjurkan Mogok Lapar selama 3 hari bermula hari ini (Selasa 1 Jamadil Akhir 1430). Macam-macam mereka kata; seperti budak menangis minta perhatian, degil, tak patuh perintah mahkamah dan yang terakhir rasanya mereka kata boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

Untuk tohmahan yang terakhir mereka guna mufti bagi mewakili suara mereka. Bila untung kat mereka maka mereka minta mufti bersuara bagi pihak mereka, tapi bila agak-agak tak masuk duit atau tak untung kat mereka, mereka buat pekak badak je. Mufti-mufti pun seolah-olah faham, kalau UMNO/BN buat pekak badak tu tandanya tak payah ulas lanjut. Ada berbelas-belas, bahkan berpuluh-puluh perkara-perkara yang boleh menjejaskan aqidah umat Islam dan kadang-kadang telah ada fatwa rasmi yang dirumuskan oleh sekalian mufti tapi UMNO/BN buat pekak badak je. Bila UMNO/BN buat pekak badak, masalah dikira selesai.. Tak menjejaskan aqidah umat Islam lagi.

Rasa-rasanya tunduk hormat kat tugu negara dah ada fatwa, buat burung besar kat Langkawi dah ada fatwa, jual loteri dah ada fatwa, buat pertandingan ratu cantik dah ada fatwa, judi nombor ekor dah ada fatwa, menurun nombor ekor guna bomoh dah ada fatwa dan macam-macam lagi fatwa. Rasanya konsert SureHeboh pun mufti dah keluar pendapat, yang mufti belum keluar pendapat ialah konsert JomHeboh, sebab katanya konsert SureHeboh dan konsert JomHeboh ada banyak beza. Semuanya UMNO/BN buat pekak badak sebab tak untung pada mereka.. `The ritual goes on, nothing happen'.

Bila sampai ke mogok lapar tiba-tiba UMNO/BN bising boleh jejas aqidah umat Islam. Bila UMNO/BN bising sah ada sesuatu yang boleh masuk poket mereka. Aku cukup setuju dengan kenyataan Hj Husam yang UMNO/BN ni buat sesuatu benda bukan ada kira-kira apa catatan di akhirat nanti. Yang penting atas dunia, pasal itu saja yang boleh nampak dengan mata 2 biji.

Kenyataan Ustaz Ahmad Awang, ulama dan politikus PAS terkenal jelas menyelesaikan kekeliruan yang sengaja ditimbulkan. Umat Islam diminta berpuasa sunat 3 hari berturut-turut mengikut syariat Islam sebagai suatu kaedah munajat memohon kepada Allah supaya dibubarkan DUN. Ia dimulai pada 1 Jamadil Akhir dan diakhiri pada 3 Jamadil Akhir dengan munajat pada malam Jumaat. Orang bukan Islam mereka mogok lapar 72 jam. Apa kaedah mogok lapar tu aku pun tak berapa tahu, boleh minum air saja ke atau boleh makan gula-gula saja ke tak tahulah. Tak ada syariat berkenaan mogok lapar. Itu terpulang pada mereka lah. Sama ada mereka berpuasa ikut syariat Islam atau mereka mogok lapar ikut kaedah yang dicipta sendiri ianya sama saja. Kedua-duanya tidak ada nilaian akhirat kepada mereka.

Namun apa yang penting bila mengadakan hubungan dengan orang bukan Islam, cari titik persamaan dulu bukan cari titik perbalahan, itu yang aku ingat sangat pesanan Brother Shah Kirit pendakwah terkenal tu. Mesejnya orang-orang DAP nak buat mogok lapar, orang Islam boleh beri sokongan dengan berpuasa sunat. Cari tarikh yang sesuai diakhiri pada malam Jumaat, malam yang mulia disisi Islam. Tidakkah itu titik persamaan, dan dalam masa sama boleh berdakwah kepada orang bukan Islam tentang syariat puasa dan kelebihan malam Jumaat.

Ada usaha begini dijalankan oleh UMNO/BN sebelum ini? Yang aku ingat apa yang dibuat UMNO/BN ialah sama-sama hadir majlis persembahan `Go Go Girls' di Kuala Sepetang oleh Menteri Menjaga Agama masa PRK Bukit Gantang dulu. Tak ada pula mufti bersuara benda tu boleh menjejaskan aqidah. Kalau mufti bersuara pun rasanya UMNO/BN buat pekak badak je, sebab dasar mereka pun memang dasar pekak badak. Buat tak peduli je pada rintihan rakyat..

sdgS- aku turut berpuasa sunat hari ini.
Biasanya puasa sunat tak payah beritahu orang.
Tapi hari ni sengaja beritahu supaya orang lain buat juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan