Khamis, 7 Mei 2009

PAKAIAN HITAM GANTI BATIK SETIAP KHAMIS...

(ARTIKEL ORIGINAL)
Hari ini hari hitam buat Malaysia.. Matahari memancar cerah tetapi suara rakyat telah dipadamkan dengan dakwat hitam.

Hampir tepat terkaanku sebelum ini dalam artikel berjudul, `DUN PERAK: CELAGHU, PENIN DAN LAWAK'. Penghujung peristiwa sidang DUN yang dipenuhi adegan hamun-menghamun, tarik-menarik, pukul-memukul dan balun-membalun telah menjadi kenyataan hari ini. Tahniah kepada UMNO/BN kerana kejayaan menganjurkan `peristiwa bersejarah' ini.

Suatu kejadian yang menarik di dalam DUN Perak hari ini berlaku lebih kurang pukul 3 petang ketika Speaker YB Sivakumar masih melekat dikerusinya yang telah dijampi UMNO/BN. Tiba-tiba muncul segerombolan pasukan yang tidak dikenali berpakaian putih/hitam telah mengangkat dan mengheret keluar Speaker YB Sivakumar dari dewan persidangan tanpa diketahui sebabnya. Kesan daripada itu Encik Ganesan daripada BN telah dibantu duduk oleh pasukan yang sama ke tempat duduk Speaker.

Pasukan berpakaian putih/hitam itu agak misteri, kerana tidak tahu dari mana datangnya. Kalau kita rajin membaca cerita peperangan yang dilalui oleh pasukan tentera Islam, memang sering kita mendengar tentera kafir melihat pasukan tentera Islam berpakaian putih yang tidak tahu dari mana datangnya tiba-tiba membantu pasukan tentera Islam sedia ada. Umat Islam memang meyakini bahawa tentera berpakaian putih itu adalah MALA-ikat. Tetapi dalam kes DUN Perak ini jelas,.. pasukan berpakaian putih/hitam yang mengangkat dan mengheret Speaker YB Sivakumar itu bukan MALA-ikat, tetapi katanya gelaran mereka tu MALA juga, iaitu MALA-un.. Malaun UMNO/BN.


Yang paling sedih sekali Speaker YB Sivakumar diseret keluar dari dewan, dilakukan ala-ala seorang ayah yang marah kepada anaknya yang berkeras dan degil tak mahu pergi sekolah. Betul-betul macam itulah yang dibuat kepada Speaker YB Sivakumar. Tengoklah gambar kalau tak percaya..


Sebagai bantahan kepada Peristiwa Hitam ini, 7 Mei 2009(Khamis) wajar kita ingati setiap minggu dengan mengenakan pakaian hitam pada setiap hari Khamis sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Kalau sebelum ini hari Khamis popular dengan pakaian batik yang diideakan oleh bekas PM Abdullah Badawi, maka sekarang adalah sangat wajar kita mempopularkan pakaian hitam pada setiap hari Khamis. Lagipun pakaian hitam tidak semahal baju batik. Dengan wang RM15.00 kita sudah boleh mendapatkan sehelai kemeja hitam yang bagus dari Gedung Mydin. Pakaian hitam juga lambat kotor dan senang dijaga. Secara keseluruhannya ia jauh lebih ekonomik.

Saya kira MBH Zambry juga sangat gembira jikalau rakyat Malaysia mampu menjadikan tabiat memakai pakaian `HITAM' setiap Khamis kerana itulah warna kesukaan beliau.

sdgS - Menyeru semua berpakaian hitam setiap Khamis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan