Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah syukur, keresahan para ahli dan penyokong Parti PAS dan Pakatan Rakyat nampaknya semakin reda. Kabus tebal yang melanda Pas dan Pakatan Rakyat lewat tiga minggu lalu nampaknya semakin menipis. Titisan jernih air hujan telah turun membersihkan debu-debu kotoran dan sinaran matahari telah mula cemerlang.
Tahniah diucapkan kepada semua pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat yang tangkas menangani kemelut dalaman yang timbul. Dengan berpandukan al-quran dan masak dengan pengalaman lampau, Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz telah dapat menangani kemelut ini dengan cemerlang. Wajarlah 2 tokoh ini terus menjadi idola kepada sekalian rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan perjuangan memartabatkan Islam.
Mungkin berlaku sedikit kerosakan dalam kemelut ini, namun insya allah masa akan mengubat luka-luka kecil yang ada. Pepatah Melayu ada menyebut, `Buang yang keruh ambil yang jernih'. Insya allah para ahli dan penyokong Pas serta Pakatan Rakyat adalah terdiri daripada mereka yang cerdik dan cemerlang akal fikirannya serta mampu untuk saling bermaafan.
Sebagai tanda syukur kita terhadap kemelut yang telah mereda ini marilah kita sama-sama menunjukkan tanda syukur kita dengan berkumpul beramai-ramai sambil memberikan sokongan padu kepada pasukan pejuang Pas yang sedang menghadapi satu lagi pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan pada 14 Julai 2009 nanti. Sudah tentulah pasukan pejuang ini memerlukan suntikan semangat, suntikan moral, suntikan tenaga, suntikan kewangan dan berbagai-bagai suntikan lagi sebagai perangsang dan penambah daya kekuatan mereka untuk memenangi pertandingan tersebut dan seterusnya memartabatkn Islam mengikut sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad Saw.Wajar untuk kita semua turun ke Manek Urai berhimpun secara besar-besaran dan menjalankan gerak kerja dengan cekap dan tangkas sebagai manifestasi solidariti perjuangan Islam yang kita junjung. Perkumpulan besar-besaran kita di Manek Urai ini adalah Himpunan Solidariti Rakyat sebagai tanda kesyukuran penyelesaian yang Allah berikan atas kemelut yang menimpa parti kita dan sebagai tanda bahawa kita semua adalah teguh menjunjung perintah dan tanggungjawab untuk melaksankan tugas memartabatkan Islam.
Ayoh, kita turun dan bergerak kerja di Manek Urai, Kelantan.....
sdgS - Aku turun dari Gunung Semanggol ke Manek Urai insya Allah.
Selasa, 23 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam....
BalasPadamSaya membaca posting berkenaan hudud tidak dikenakan kepada bukan Islam. Secara tegas saya nyatakan, bahawa hudud wajib dikenakan kepada Semua warga negara Islam,iaitu orang Islam dan kafir dzimmi. Begitu juga kafir mustakmin dan muahidin yang melakukan kesalahan semasa dalam negara Islam.
PAS telah salah faham terhadap ayat 42 surah Al-Maidah yang mana ayat tersebut adalah diturunkan bagi kes Yahudi yang tinggal duluar negara Islam. Sedangkan dalam ayat 49 jelas Allah menyatakan kewajipannya kepada dzimmi sekali.
Saya telah bahaskan perkara ini secara panjang lebar. Saya telah kemukakan pembahasan dalil berkenaan hukum penerapan hudud terhadap kafir dzimmi sebanyak 4 siri dalam blog saya. Manakala sekarang saya sedang membentangkan pandangan keempat-empat mazhab tentang kewajipan hudud ini,terhadap satu persatu hukum hudud. Jelas kesemua mazhab mewajibkan hudud keatas kafir dzimmi juga. Sila berkunjung ke blog saya, http://jemaah-islam.blogspot.com . Saya bukan untuk bertelagah, tetapi ini adalah berkenaan hukum syara' yang jelas.
Wallahua'lam.