Isnin, 26 Oktober 2009

KONFLIK PAS: WAJARKAH MUKTAMAR KHASLAH?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
(Aku copy paste, tulisan seorang kawan)

Konflik

Konflik dalam organisasi adalah perkara yang lumrah dan perlu untuk mematangkan organisasi.

Great leaders develop through adversity. They do not cave in to circumstance. In the toughest of times they stand up, and through their hard work and perseverance, they become true heroes.
( Steve Harney)

Pemimpin yang boleh melalui zaman konflik akan menjadi pemimpin sebenar yang di uji kepimpinannya. Ramai orang boleh menjadi Kapten kapal semasa air tenang tetapi pemimpin yang mampu membawa kapal keluar dari ribut taufan, tentulah memerlukan kualiti tertentu seorang pemimpin agung.

Jika kita bangkit semasa konflik, jelaslah kebolehan kita begitu juga sebaliknya. Ada orang yang menjadi pemimpin kerana bangun dari bawah dan ada orang yang menjadi pemimpin disebabkan oleh kesempatan dan keadaan semasa. Semasa konfliklah baru kita tahu adakah orang yang di angkat menjadi pemimpin boleh dan layak berada disitu.

Terutamanya dalam PAS bila sudah menjadi budaya "tak elok lawan", menyebabkan pemimpin yang naik banyak disebabkan oleh keadaan dan kesempatan sahaja. Pemimpin datang dan pergi, kita tidak boleh nak ta'sub dengan seseorang. Seseorang mungkin hebat dari segi ilmunya tetapi mungkin tidak hebat politik nya. Mungkin hebat pidatonya tetapi tidak hebat mengatur strategi, Mungkin hebat gayanya tetapi isinya tak seberapa. Konflik adalah pentas terbaik untuk pemutihan jika parti mahu terus ke depan.

Saya berpendapat Muktamar Khaslah adalah perkara yang patut. `Let it settle once and for all’. Kita boleh bersiap siaga utk PRU 13 dalam keadaan paling mantap. Perkara yang perlu di bahas dan di undi adalah keperluan berada dalam Pakatan Rakyat dan undi terhadap setiap kepimpinan terutamanya Mursyidul Am sendiri kerana jawatan tersebut di lantik bukannya di pilih. Mungkin perlu di bincangkan segera juga dalam Muktamar tersebut berkenaan sayap bukan Islam dalam PAS. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan siapa yang naik atau siapa yang turun. Yang penting kita menghadapi PRU 13`in the best form’.

`A few steps ahead'

Pemimpin yang hebat akan merancang dan bersifat proaktif bukannya reaktif. PAS sebagai parti paling lama dan paling besar sepatutnya memimpin PR. Tanyalah diri kita sendiri, adakah sekarang ini PAS terkedepan dalam PR atau masih lagi reaktif terhadap isu-isu berkaitan ritual Islam sahaja?

Analisa Bagan pinang menarik dibincangkan. Perbezaan undi yang di perolehi oleh PAS amat besar. Memang senang untuk meletak kesalahan pada pihak lain - undi pos, rasuah pilihan raya, calon BN banyak jasa, memang kawasan BN dan sebagainya. Kelemahan kita cuma di bincangkan disebabkan kerana kita cuma ada 4 cawangan sahaja.

Sudah ada orang membangkitkan dalam jarak masa PRU 12 atau mungkin beberapa bulan sebelum PRK Bagan Pinang sehinggga PRK tersebut, dalam keadaan jumlah cawangan PAS yang sama pada masa itu, kita hilang begitu banyak undi orang India dan Cina. Apakah yang menyebabkan `public perception’ kaum berkenaan menjadi teruk terhadap PAS?

Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan isu arak, kepala lembu, Kampung Buah Pala telah menyumbang kepada kemerosotan ini. PAS gagal menunjukkan ia parti yang membela rakyat. Dalam kes Kampung Buah Pala, cuma Dr Mujahid sahaja berusaha, kes arak tidak ada kenyataan yang jelas, kes kuil hindu tidak ada pembelaan dari pimpinan tertinggi. Kes profil tinggi sebegini adalah medan terbaik untuk mempromosi PAS. `Inaction leads to public perception that PAS does not really care’.

Mungkin pimpinan kita beranggapan bila PR di daftarkan nanti, kita dah tak pakai lambang bulan, lalu tak perlu tonjolkan PAS sangat. Ataupun lebih malang kalau pimpinan kita tidak memikirkan langsung kesan pendaftaran PR ni. Saya bersangka baik, tentunya pimpinan kita sudah mempunyai plan rancangan yang hebat bila PR di daftarkan nanti.

Berpecah

"Jika di takdirkan, dengan muktamar khas ini PAS berpecah, biarlah".
Begitu keras bunyi kenyataan TGNA. Saya cuba berfikiran positif. Kita cuma menggunakan PAS sebagai tunggangan sahaja, yang di perjuangkan Islam. Akidah' kita pada Islam, bukan pada personaliti tertentu dan bukan pada jenama PAS. Mungkin ia lebih baik untuk Islam. Parti Refah yang memenangi pilihanraya Turki tahun 1995 dulu berpecah dan lahir parti AK. Hasil dari perpecahan itu juga baik untuk Islam. Walaupun segolongan yang menyokong kuat Presiden Parti Refah masih tidak senang dengan parti AK tetapi setidak tidak nya kita orang yang berada diluar merasakan kemenangan parti AK adalah positif untuk Islam.

Saya berharap kita sebagai orang Islam yang berakhlak akan dapat berbahas dengan fikiran yang bersih, bukannya emosi. Pendapat yang tertentu mungkin hanya 'betul' pada ketika tertentu dan 'salah' pada ketika yang lain.

WalAllahA'lam.

sdgs - `Berusaha membantu menyelesaikan kemelut adalah baik, tetapi kalau kita dilihat menambah kemelut yang ada,'.... Itu yang sedih tu..

3 ulasan:

  1. Adakah dengan PAS bersekongkol dengan UMNO, Melayu dan Islam akan dihormati?

    Sejarah telah membuktikan apabila PAS menyertai BN ketika UMNO lemah. Apabila UMNO pulih, PAS ditendang keluar dari BN. Perkara yang sama akan berulang. UMNO akan gula-gulakan beberapa pemimpin PAS yang bermasalah supaya PAS menyertai BN. Apabila UMNO pulih atau PAS dilemahkan, PAS akan ditendang keluar sekali lagi dari BN.

    BalasPadam
  2. Sebab tu jangan cakap pasal kerjasama dengan UMNO. Selagi mereka tak ubah dasar 'kafirnya' tu selagi itulah jangan ada mimpi bersama mereka.

    Yahudi tu selagi namanya Yahudi yang beragama Yahudi, sejak zaman Nabi dah tak tepati janji. Begitulah halnya dengan kafir-kafir lainnya.

    BalasPadam
  3. bila isu dah keluar... pimpinan tak payah kelam kabut. tunjukkan cara gentleman nak selesai isu. stay cool dan buat kenyataan untuk selesai masalah dengan cara musyawarah. kalau tuduh sana tuduh sini, menampakkan kita tak satu hati.

    tak salah egm atau mesyuarat khas kerana ia seolah-olah panggil untuk usrah saja. jumpa untuk satukan balik pemikiran. wehdatul fikr. itulah yang dinamakan tajdid. barukan balik benda-benda yang tak settle. tak lah kelantan kata gini, kedah kata gini, perak kata gitu, terengganu pulak kata macam ni...

    So, tgna sememangnya seorang yang genius!

    BalasPadam