Khamis, 28 Mei 2009

AMINAH DOLLAH CALON UMNO/BN DI PENANTI?

Bismillahirahmanirrahim.

Melihat kepada publisiti yang diberikan oleh media-media UMNO/BN, rasanya tak syak lagi Aminah Dolah lah calon BN walau pun dia hanya bawak lambang kunci (kalau tak silap aku lambang kunci, tak sempat nak periksa detail).

Tektik ini bolehlah dipanggil tektik lawan sembunyi-sembunyi. Lawan sembunyi-sembunyi ni masa zaman perang dulu ada jugak orang panggil tektik askar Gurka. Askar Gurka buat tektik lawan sembunyi-sembunyi kerana beberapa sebab. Antaranya sebab jumlah mereka kecil, keduanya tentera mereka sedikit, ketiganya peruntukan mereka juga sedikit dan keempatnya sebab mereka tak mahu dikenali sebagai suatu entiti khusus sebab mereka takut serangan balas yang mereka tak terlawan nanti.

Rasa-rasanya itulah tektik UMNO/BN di Penanti. Lawan sembunyi-sembunyi macam orang tak ada peruntukan. Nak guna lambang sendiri pun tak berani sebab takut kena belasah. Namun yang sebenarnya mereka hendak sangat lawan dan sangat mengharapkan agar calon bebas mereka Aminah Dollah ada `power' untuk menang. Kerana nak sangat Aminah Dollah menang maka mereka jalankan macam-macam propaganda untuk Aminah Dollah. Dua tiga hari Aminah Dollah jadi artis popular kat surat khabar dan TV. Buat macam-macam tuduhan. Tapi yang aku nak tergelak masa dia buat tuduhan tu dia boleh lupa kat mana tempat hotel.. Ish, ish, ish.. Apalah Aminah Dollah, skrip pun boleh lupa..

Macam Seniman Bujang Lapok je aku tengok masa buat tuduhan tu. `Kau siapa' kata Aziz Satar. `Aku King' kata P Ramlee. `King apa?' tanya Aziz Satar. `King Kong', kata P Ramlee terlupa skrip. Nasib baik kat tepi mulut dia tak ada keluar buih-buih putih, kalau ada sah lah dia satu geng dengan Ahmad Shabery yang dulunya Semangat 46.

Tak habis-habis media buat kenyataan PKR nak rasuah Aminah Dollah. Yang aku musykil siapa yang nak rasuah siapa? PKR nak rasuah Aminah Dollah atau Aminah Dollah nak rasuah UMNO/BN atau UMNO/BN dah rasuah Aminah Dollah? Fikir punya fikir, fikiran aku lebih terbayang kepada analogi yang ketiga.

Sebabnya.. Cuba tengok, calon PKR Othman Mansor langsung tak masuk TV. Itu normal lah, kalau boleh masuk TV, itu yang dikira tak normal. Tapi 2 calon bebas lagi, Kamarul Ramizu dan calon Siam tu pun tak banyak peluang masuk TV. Macam mana tiba-tiba Aminah Dollah boleh jadi artis popular hari-hari masuk TV.

Itu yang aku dok fikir, Aminah Dollah rasuah UMNO/BN atau UMNO/BN rasuah Aminah Dollah? Aku cuma fikir je, belum buat tuduhan. Bukti yang boleh dibuat bukti aku tak ada, cuma aku heran macam mana Aminah Dollah boleh masuk TV hari-hari.

Aku rasa nak mengajar UMNO/BN ni kena pastikan Aminah Dollah kalah teruk. Kalau boleh biar jumlah undi yang dia dapat kurang lagi daripada yang Kamarul Ramizu dapat masa kat Bukit Gantang. Baru ia menunjukkan UMNO/BN kalah teruk. Kalau Aminah Dollah dapat banyak undi ia menunjukkan tektik sembunyi-sembunyi UMNO/BN menjadi. Kalau boleh robohkan terus tempat mereka main sembunyi-sembunyi tu..

sdgS- Aminah Abdullah yang popular ada dua.
Yang mana satu agaknya pilihan 1 Malaysia?

HUDUD. . 什么害怕您呢?SEM MO HAI PHA NI NE? (SIRI 2)


(SIRI 2)
HUDUD. . 什么害怕您呢?SEM MO HAI PHA NI NE?
(Hudud..apa yang nak ditakuti?)

大多数窃贼将得到他们的手切断吗?
• 确定是窃贼给只有的窃贼手被切开的必须。 即,如果他们得到在大厦里面,女用披肩和抢夺了除之外是保留的物产。
• 窃取无保护的材料(例如:排泄盖子,老铁,错放的移动电话,在树的果子等等)是难得到手切开必须,但是得到其他处罚。(takzir)

HUDUD DAN QISAS: ADAKAH RAMAI PENCURI AKAN KUDUNG TANGAN?

• Hanya pencuri yang betul-betul NEKAD menjadi pencuri sahaja yang boleh dikenakan `mandatori’ potong tangan. Iaitu mereka yang memecah masuk bangunan, mencuri dan merompak barang yang disimpan dengan selamat.

• Mencuri barang yang tidak terjaga rapi, (cth: penutup longkang, besi buruk, handphone tersalah letak, buah-buahan dipokok dll) sukar dikenakan `mandatori’ potong tangan, tetapi akan dikenakan hukuman lain.. (Takzir)



公开人民有权利捉住和削减窃贼手吗?
• 不,决定不可能是单独做。
• 只有选择的法官能确定了罪犯。 正常人民捉住被怀疑的罪犯,但是必须递它到正确的党

HUDUD DAN QISAS: ADAKAH ORANG RAMAI BOLEH MENANGKAP DAN MEMOTONG SENDIRI TANGAN PENCURI?

• Tidak boleh sama sekali menjatuhkan hukuman sendiri.
• Hanya Hakim yang dilantik yang boleh membicarakan tertuduh. Orang ramai boleh menangkap orang yang disyaki penjenayah tetapi hendaklah diserah kepada pihak berkuasa

sdgS - Tiada sebab nak lawan Hudud..

Selasa, 26 Mei 2009

PUASA SUNAT 3 HARI ATAU MOGOK LAPAR 72 JAM?


Surat-surat khabar yang menyokong UMNO/BN sengaja memprovokasi tindakan Pakatan Rakyat Perak menganjurkan Mogok Lapar selama 3 hari bermula hari ini (Selasa 1 Jamadil Akhir 1430). Macam-macam mereka kata; seperti budak menangis minta perhatian, degil, tak patuh perintah mahkamah dan yang terakhir rasanya mereka kata boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

Untuk tohmahan yang terakhir mereka guna mufti bagi mewakili suara mereka. Bila untung kat mereka maka mereka minta mufti bersuara bagi pihak mereka, tapi bila agak-agak tak masuk duit atau tak untung kat mereka, mereka buat pekak badak je. Mufti-mufti pun seolah-olah faham, kalau UMNO/BN buat pekak badak tu tandanya tak payah ulas lanjut. Ada berbelas-belas, bahkan berpuluh-puluh perkara-perkara yang boleh menjejaskan aqidah umat Islam dan kadang-kadang telah ada fatwa rasmi yang dirumuskan oleh sekalian mufti tapi UMNO/BN buat pekak badak je. Bila UMNO/BN buat pekak badak, masalah dikira selesai.. Tak menjejaskan aqidah umat Islam lagi.

Rasa-rasanya tunduk hormat kat tugu negara dah ada fatwa, buat burung besar kat Langkawi dah ada fatwa, jual loteri dah ada fatwa, buat pertandingan ratu cantik dah ada fatwa, judi nombor ekor dah ada fatwa, menurun nombor ekor guna bomoh dah ada fatwa dan macam-macam lagi fatwa. Rasanya konsert SureHeboh pun mufti dah keluar pendapat, yang mufti belum keluar pendapat ialah konsert JomHeboh, sebab katanya konsert SureHeboh dan konsert JomHeboh ada banyak beza. Semuanya UMNO/BN buat pekak badak sebab tak untung pada mereka.. `The ritual goes on, nothing happen'.

Bila sampai ke mogok lapar tiba-tiba UMNO/BN bising boleh jejas aqidah umat Islam. Bila UMNO/BN bising sah ada sesuatu yang boleh masuk poket mereka. Aku cukup setuju dengan kenyataan Hj Husam yang UMNO/BN ni buat sesuatu benda bukan ada kira-kira apa catatan di akhirat nanti. Yang penting atas dunia, pasal itu saja yang boleh nampak dengan mata 2 biji.

Kenyataan Ustaz Ahmad Awang, ulama dan politikus PAS terkenal jelas menyelesaikan kekeliruan yang sengaja ditimbulkan. Umat Islam diminta berpuasa sunat 3 hari berturut-turut mengikut syariat Islam sebagai suatu kaedah munajat memohon kepada Allah supaya dibubarkan DUN. Ia dimulai pada 1 Jamadil Akhir dan diakhiri pada 3 Jamadil Akhir dengan munajat pada malam Jumaat. Orang bukan Islam mereka mogok lapar 72 jam. Apa kaedah mogok lapar tu aku pun tak berapa tahu, boleh minum air saja ke atau boleh makan gula-gula saja ke tak tahulah. Tak ada syariat berkenaan mogok lapar. Itu terpulang pada mereka lah. Sama ada mereka berpuasa ikut syariat Islam atau mereka mogok lapar ikut kaedah yang dicipta sendiri ianya sama saja. Kedua-duanya tidak ada nilaian akhirat kepada mereka.

Namun apa yang penting bila mengadakan hubungan dengan orang bukan Islam, cari titik persamaan dulu bukan cari titik perbalahan, itu yang aku ingat sangat pesanan Brother Shah Kirit pendakwah terkenal tu. Mesejnya orang-orang DAP nak buat mogok lapar, orang Islam boleh beri sokongan dengan berpuasa sunat. Cari tarikh yang sesuai diakhiri pada malam Jumaat, malam yang mulia disisi Islam. Tidakkah itu titik persamaan, dan dalam masa sama boleh berdakwah kepada orang bukan Islam tentang syariat puasa dan kelebihan malam Jumaat.

Ada usaha begini dijalankan oleh UMNO/BN sebelum ini? Yang aku ingat apa yang dibuat UMNO/BN ialah sama-sama hadir majlis persembahan `Go Go Girls' di Kuala Sepetang oleh Menteri Menjaga Agama masa PRK Bukit Gantang dulu. Tak ada pula mufti bersuara benda tu boleh menjejaskan aqidah. Kalau mufti bersuara pun rasanya UMNO/BN buat pekak badak je, sebab dasar mereka pun memang dasar pekak badak. Buat tak peduli je pada rintihan rakyat..

sdgS- aku turut berpuasa sunat hari ini.
Biasanya puasa sunat tak payah beritahu orang.
Tapi hari ni sengaja beritahu supaya orang lain buat juga.

Jumaat, 22 Mei 2009

HUDUD. . 什么害怕您呢?SEM MO HAI PHA NI NE? (Hudud..apa yang nak ditakuti?)

Bismillahhirahmanirrahim
(SIRI 1) Hudud Sem mo hai pha ni ne?

Sebagai mendinding diri aku daripada terlalu mendengar keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini, maka aku masukkan posting yang dah lama aku perap ni. Hudud Sem mo hai pha ni ne?

Artikel hudud ini aku buat semasa kehangatan pilihan raya Kuala Trengganu dahulu. Artikel ini diterjemahkan oleh seorang kawan Melayu Islam yang bersekolah China semasa sekolah rendah dan menengah. Kalau ada salah silap harap dapat dibetulkan. Artikel in akan aku masukkan secara bersiri. Bolehlah siapa yang nak belajar `khat' China praktis kat sini. Kalau siapa-siapa ada kawan Cina boleh mintak tolong mereka semak..

HUDUD. . 什么害怕您呢?SEM MO HAI PHA NI NE?
(Hudud..apa yang nak ditakuti?)

Hudud …什么害怕您?

Hudud dan Qisas… 这是事实…
• 只有包含的穆斯林和不非回教的,除非他们选择介入.
• 成人的穆斯林和仅好的作用头脑是包含的。 有精神问题的孩子不包含的。

HUDUD DAN QISAS: INI FAKTANYA....
• Hanya melibatkan penganut beragama Islam, orang yang bukan Islam tidak terlibat, kecuali jika mereka memilih untuk terlibat.
• Hanya orang Islam yang telah dewasa & sempurna akal fikiran yang terlibat. Kanak-kanak dan yang sakit mental tidak terlibat.

Hudud dan Qisas…这是事实…
• 只包括这条件,好象:
1. 窃取
2. 抢夺
3. 通奸
4. 指责其他人民做通奸
5. 饮料酒精
6. 沙漠回教
7. QISAS-谋杀
(再次,这仅是为穆斯林而以)
HUDUD DAN QISAS: INI FAKTANYA...
• Hanya melibatkan beberapa perkara sahaja, iaitu:
• MENCURI
• MEROMPAK / MENYAMUN
• BERZINA
• TUDUH ORANG BERZINA
• MINUM ARAK
• MURTAD
(QISAS) - MEMBUNUH (Sekali lagi, orang Islam sahaja….)

是否反对基本权利?
• Hudud and Qisas目的是为人权。基本的基本权利是:
1. 保留宗教
2. 保留生活
3. 保留物产
4. 保留好的头脑
5. 保留荣誉

HUDUD DAN QISAS: BERTENTANGAN HAK ASASI KAH?
• Tujuan Hudud & Qisas adalah untuk menjaga hak asasi manusia, iaitu 5 hak asasi
yang asas:
• Menjaga agama
• Menjaga nyawa
• Menjaga harta
• Menjaga akal fikiran
• Menjaga keturunan/maruah

sdgS - Jom ramai-ramai sokong Hudud..

Khamis, 21 Mei 2009

HIDUP ISA!....

(ARTIKEL COPY-PASTE)

ISA itu betul; betul; betul! Tidak ada salahnya ISA itu..
Yang salah adalah kamu-kamu yang masuk ISA. Siapa suruh kamu cari jalan ke ISA? Bukankah ada banyak jalan lain untuk tidak menuju ke ISA, tapi kamu yang pilih jalan sendiri.. Sendiri mahu fikir, sendiri mahu buat, Lu fikirlah sendiri.. Itu lebih kurang kata-kata penyokong tegar `Hidup ISA'. Aku ambik satu sajak untuk semua memahami mentaliti mereka-mereka yang mempertahankan ISA. Sajak ni bukan calang orang yang buat.. Tapi bekas lulusan ISA yang cemerlang..

Sajak ni aku copy paste dari blog Cenangau.blogspot.com, yang copy paste dari Aris Awang, yang copy paste pulak dari Portal Mohamadsabu.com. Cenangau.blogspot mesti `kembang' punya sebab dah 2 kali aku copy paste artikel dari blog dia.


Sajak oleh: Tuan Hj Mohamad Sabu
16 Mei 2009

I.S.A

Kamilah hakim
Kamilah peguam
Kamilah saksi-saksi
Kami penentu masa depan kamu.

Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
Kamu yang mencari tempat ini
Kamu yang memilih untuk ke sini
Kamu suka tempat ini
Kamu menentukan cara hidup kamu.

Kami tidak menyuruh kamu ke sini
Kami tidak suka kamu ke sini
Kami tidak penjarakan kamu
Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.

Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
Tak sayangkah kamu kepada isteri?
Kamu menganiaya mereka!
Kamu menganiaya mereka!

Kawan-kawan kamu baik
Kawan-kawan kamu menolong kamu
Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?

Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
Kawan-kawan curang kepada kawan?
betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
berapa banyak isteri pejuang melaku curang?

Kamu menentukan ibu kamu derita
Kamu penyebab ayahmu derita
Kamu penyebab anak-anakmu menderita
Kamu penyebab isterimu derita
Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.

Cari jalan keluar dari sini
Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
Kamu nak keluar besok?
Kamu nak keluar minggu depan?
Kamu nak keluar bulan depan?
Kamu nak keluar tahun hadapan?
Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
Kamu yang menentukan!
Saudara......, cari lah jalan keluar!
Kamu menentukan masa depan kamu....

Kamu di sini kerana kamu!
Kamu mementingkan diri!
Kamu nak naik!
Kamu nak terkenal!v Kamu nak pandangan kamu didengar!
Kamu nak kamu dijulang!
Kamu nak nama terbilang!
Kami apa peduli!
Kami jaga keamanan....
Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
Nyawa orang lain terancam
Harta orang lain terancam
Keselamatan orang lain terancam

Kami tak kira menteri
Kami tak kira datok
Kami tak kira Anwar
Kami tak kira Karpal
Kami tak kira Tok Guru
Kami jaga keamanan...
Kami jaga keselamatan

Pintu untuk keluar ada
Pintu untuk taubat ada
Pintu untuk penyesalan ada
Pintu untuk kepangkal jalan ada
Kamulah penentu untuk memilih pintu
Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan

Nak menjadi hero?
Nak menjadi pejuang?
Nak kepada sanjungan?
Nak pertahan pendapat kamu?
Kamulah memilih berapa lama di sini!

(Oleh Hj Mohamad Sabu) * 16Mei 2009
* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)

*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA, yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.

*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 3 buah negeri yang masih mengekalkannya iaitu Malaysia, Singapura dan Israel......yang lain semua dah buang dan tutup buku. (Kem Guantanamo bukan seperti ISA....ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).

sdgS- Salah satu sebab UMNO-BN rampas kuasa di Perak mungkin kerana marah MB Nizar nak pindahkan ISA Kamunting ke Johor..

Selasa, 12 Mei 2009

TAHNIAH DATO' NAJIB, DATO' ZAMBRY.. WELLDONE!

Rasa-rasanya tak terlambat lagi nak ucap tahniah pada Dato' berdua.. Maaflah tak sempat nak hias kad ucapan..



sdgS - Tuan Penasihat 25 per sen
(aku punya bahagian dah kantoi..)

Khamis, 7 Mei 2009

PAKAIAN HITAM GANTI BATIK SETIAP KHAMIS...

(ARTIKEL ORIGINAL)
Hari ini hari hitam buat Malaysia.. Matahari memancar cerah tetapi suara rakyat telah dipadamkan dengan dakwat hitam.

Hampir tepat terkaanku sebelum ini dalam artikel berjudul, `DUN PERAK: CELAGHU, PENIN DAN LAWAK'. Penghujung peristiwa sidang DUN yang dipenuhi adegan hamun-menghamun, tarik-menarik, pukul-memukul dan balun-membalun telah menjadi kenyataan hari ini. Tahniah kepada UMNO/BN kerana kejayaan menganjurkan `peristiwa bersejarah' ini.

Suatu kejadian yang menarik di dalam DUN Perak hari ini berlaku lebih kurang pukul 3 petang ketika Speaker YB Sivakumar masih melekat dikerusinya yang telah dijampi UMNO/BN. Tiba-tiba muncul segerombolan pasukan yang tidak dikenali berpakaian putih/hitam telah mengangkat dan mengheret keluar Speaker YB Sivakumar dari dewan persidangan tanpa diketahui sebabnya. Kesan daripada itu Encik Ganesan daripada BN telah dibantu duduk oleh pasukan yang sama ke tempat duduk Speaker.

Pasukan berpakaian putih/hitam itu agak misteri, kerana tidak tahu dari mana datangnya. Kalau kita rajin membaca cerita peperangan yang dilalui oleh pasukan tentera Islam, memang sering kita mendengar tentera kafir melihat pasukan tentera Islam berpakaian putih yang tidak tahu dari mana datangnya tiba-tiba membantu pasukan tentera Islam sedia ada. Umat Islam memang meyakini bahawa tentera berpakaian putih itu adalah MALA-ikat. Tetapi dalam kes DUN Perak ini jelas,.. pasukan berpakaian putih/hitam yang mengangkat dan mengheret Speaker YB Sivakumar itu bukan MALA-ikat, tetapi katanya gelaran mereka tu MALA juga, iaitu MALA-un.. Malaun UMNO/BN.


Yang paling sedih sekali Speaker YB Sivakumar diseret keluar dari dewan, dilakukan ala-ala seorang ayah yang marah kepada anaknya yang berkeras dan degil tak mahu pergi sekolah. Betul-betul macam itulah yang dibuat kepada Speaker YB Sivakumar. Tengoklah gambar kalau tak percaya..


Sebagai bantahan kepada Peristiwa Hitam ini, 7 Mei 2009(Khamis) wajar kita ingati setiap minggu dengan mengenakan pakaian hitam pada setiap hari Khamis sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Kalau sebelum ini hari Khamis popular dengan pakaian batik yang diideakan oleh bekas PM Abdullah Badawi, maka sekarang adalah sangat wajar kita mempopularkan pakaian hitam pada setiap hari Khamis. Lagipun pakaian hitam tidak semahal baju batik. Dengan wang RM15.00 kita sudah boleh mendapatkan sehelai kemeja hitam yang bagus dari Gedung Mydin. Pakaian hitam juga lambat kotor dan senang dijaga. Secara keseluruhannya ia jauh lebih ekonomik.

Saya kira MBH Zambry juga sangat gembira jikalau rakyat Malaysia mampu menjadikan tabiat memakai pakaian `HITAM' setiap Khamis kerana itulah warna kesukaan beliau.

sdgS - Menyeru semua berpakaian hitam setiap Khamis.

Rabu, 6 Mei 2009

DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU SAUDARA MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA

(ARTIKEL PILIHAN)
Kisah kemasukan Saudara Mohd Ridzuan Abdullah ke dalam agama Islam dan masalah keluarga yang dihadapinya adalah sebahagian daripada kisah suka-duka umat Islam di dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama. Sudah tentulah masalah tersebut juga telah berlaku di zaman Nabi SAW kerana di zaman awal Nabi juga masyarakatnya berbilang kaum dan berbilang agama. Ada agama menyembah berhala, ada agama Yahudi dan ada agama Kristian selain agama Islam.

Kemasukan beliau ke dalam agama Islam sudah tentulah menggembirakan ramai umat Islam kerana aqidah yang suci telah meresap masuk ke dalam jiwa beliau. Namun begitu masalah-masalah sampingan yang beliau hadapi terutamanya dengan anak-anak dan isteri beliau sudah tentu menyedihkan umat islam yang prihatin.

Saya bawakan satu draf cadangan untuk mengatasi masalah tersebut yang dikaji oleh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Ianya hanyalah draf sahaja dan bukanlah suatu keputusan. Namun begitu elok untuk kita baca supaya mendapat sedikit ilmu yang mudah-mudahan bermenafaat.

Sumber : http://hairulnizammathusain.blogspot.com/
1. PENDAHULUAN
Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah
1. Status agama tiga orang anak beliau iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun).
2. Hak penjagaan anak.
3. Status perkahwinan selepas pengislaman.
2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM
2.1 Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.
Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:
Pandangan Pertama:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.
Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah. (1)
Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.
Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:
عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .
Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. "
Pandangan Kedua:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam.
Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.
Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah. (2)
Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.
2.2 Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini
Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.
Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.
Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:
a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya. (3)
b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh (الثوري) al-Imam al-Thauriyy( 4).
c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.
3. HAK PENJAGAAN ANAK
3.1 Pendapat Ulama
Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini. Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Non Muslim tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.
Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.
Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa’ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain .
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:
حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه
Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut). Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan. Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah: Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya). (5)
Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:
1) Ulama Hanafiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan (iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut (seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)
2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan (6). Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan (7).
3.2 Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku
1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada di bawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.
2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun) dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.
4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI
4.1 Pendapat Para Ulama
Syariah Islam menetapkan apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa (tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya). Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan (8).

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh (9). Para ulama hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, sama ada daripada saat pengislaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi (10).
Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia sama ada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.
4.2 Hak Pemberian Nafkah (11)
1. Nafkah kepada anak
a. Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.
2. Nafkah kepada isteri
a. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.
Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Disediakan oleh:

Fellow MANHAL PMRAM 2009.
Hasil Kajian:
Saudara Syed Abdul Qadir al-Joofre
Saudara Abd Rahman Mohd Tharin
Saudara Mohd Nazrul Abd Nasir
Saudara Hairul Nizam Mat Husain

sdgS - mudah-mudahan bertambah ilmu para pembacanya.

Sabtu, 2 Mei 2009

MENYOROTI UCAPAN NIK AZIZ KETIKA MELAKUKAN `REFORM' DI ZAMAN ASRI..

(ARTIKEL ORIGINAL)
Tidak lama lagi Muktamar PAS Pusat akan berlangsung. Sebagai salah seorang pengikut kerdil, tetapi turut membayar yuran, saya merasakan saya pun boleh bersuara walaupun tidak ramai pendengarnya. Itu tidak penting, yang penting kita turut menjalankan tugas sebagai salah seorang penghuni rumah besar PAS yang padat itu.

Baru-baru ini semacam sedikit keributan berlaku dalam rumah tangga PAS. Puncanya hampir semua yang prihatin dengan PAS telah mengetahuinya. Sebagai pengikut kerdil, saya tetaplah berpendirian bahawa isu kerukunan rumah tangga PAS perlu diselesaikan di dalam rumah tangga itu sendiri secara berhikmah.

Walaupun mengambil pendirian berkecuali. Tidak menyokong, tidak membangkang dan tidak mengundi, saya berpendirian bahawa saya wajar bersuara. Sekurang-kurangnya mewakili kelompok-kelompok kerdil dalam PAS.

Saya menyoroti ucapan-ucapan lama TGNA ketika melakukan `Islah' di dalam PAS sekitar tahun 80an dahulu. Ucapan dan tulisan TGNA tegas, berani dan kontroversi juga, tetapi ada beberapa ciri di dalam ucapan tersebut yang saya rasa dapat saya nikmati. Saya senaraikan di bawah ini ciri-ciri yang saya ternampak, tetapi para pembaca bolehlah menilainya melalui kacamata sendiri.

1. Ucapan TGNA di zaman peng`islah'an adalah tegas, berani dan mungkin `kontroversi'
2. Ucapan/tulisannya fokus dan tepat kepada individu yang dimaksudkan
3. Ucapan/tulisannya penuh rasa kebertanggungjawaban
4. Ucapan/tulisannya dinyatakan dengan keberanian memberikan pembuktian
5. Ucapan/tulisannya dikeluarkan dihadapan `penonton' yang sesuai. Hanya setelah
sekian lama barulah ucapan itu dibawa orang ke mana-mana (dijadikan bahan rujukan
dsb)
6. Ucapan/tulisannya menyandarkan pendirian berdasarkan keputusan yang dibuat secara
jamai', sama ada keputusan muktamar atau keputusan mesyuarat yang sah.
7. Ucapan/tulisannya disertai dengan sifat merendah diri dipenghujungnya dengan
permohonan maaf dan yang sewaktu dengannya.

Di dalam melakukan Islah atau Reform, saya merasakan wajar semua pihak menuruti garis panduan yang telah ditonjolkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sejak sekian lama ini. Sebagai salah satu contoh, saya bawakan salah satu ucapannya yang terpendek sekitar tahun 82-83. Saya petik teks ucapan ini daripada sebuah buku bertajuk `Perjuangan Penuh Cabaran' karya Kamarul Zaman Yusuf. Ada banyak lagi teks-teks ucapan pengislahannya yang lain tetapi yang inilah yang terpendek supaya mampu kita baca.

Semoga kita sama-sama membaca dan mengislah diri.
Wassalam
Suaradarigunung Semanggol - Yang tumpang bersedih...
Klik pada gambar untuk besarkn imej..